kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
PRN Johor: Saf Pemimpin Tertinggi, Tokoh Politik Iringi Onn Hafiz
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi hadir di pusat penamaan calon di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini.
Beliau diiringi oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyerahkan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 9.10 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam.
Ketibaan beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap diiringi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Khairy Jamaluddin.
Turut hadir memberi sokongan ialah bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad.
Tinjauan Bernama di lokasi mendapati para penyokong mula memenuhi kawasan sekitar dengan mengenakan pakaian mengikut warna parti masing-masing sambil membawa sepanduk serta bendera sebagai tanda sokongan kepada calon yang bertanding.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.