BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada tokoh setara Onn Hafiz di Johor, PKR perlu muhasabah, kata Kamil

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Tiada tokoh setara Onn Hafiz di Johor, PKR perlu muhasabah, kata Kamil​

6d0bfadc-319b-4d95-82b1-e4407cadc031-4-Kamil-Munim-140826.jpg

Ketua Pemuda PKR tekan kepentingan parti itu faham perkembangan politik semasa serta kuasai isu yang dekat dengan rakyat.

Ketua Pemuda PKR Kamil Munim berkata, kemenangan besar pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu harus menjadi pencetus muhasabah bagi parti itu.

“Onn Hafiz menang besar di Johor. Ini kenyataan pahit yang kita perlu telan,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Kongres Pemuda PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

“(Beliau) menang bergaya di Johor kerana kita gagal melahirkan seorang watak dan tokoh yang mampu duduk setara dengan Onn Hafiz di Johor.”

Pada PRN Johor bulan lepas, BN menang 48 kerusi daripada 56 kerusi DUN, manakala PH hanya memperoleh lapan kerusi.

Kamil menambah, perkara itu perlu direnung bagi menilai sama ada PKR sudah berjaya memposisikan tokoh yang mampu menawarkan alternatif kepada kepimpinan sedia ada.

Beliau turut menekankan kepentingan PKR memahami perkembangan politik semasa serta menguasai isu yang dekat dengan rakyat, seperti kenyataan seorang pemimpin PAS mengaitkan kewajipan mengundi dengan isu judi.

Beliau merujuk kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Mohd Nor Hamzah bahawa pengundi Islam wajib menyokong PAS untuk mengambil alih Putrajaya agar lesen premis judi dapat dimansuhkan pada peringkat persekutuan.

Nor Hamzah mengeluarkan kenyataan demikian susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Rabu menolak permohonan Kedah, yang ditadbir PAS, untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan pembatalan arahan menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen premis judi di negeri itu.

Keputusan mahkamah tertinggi itu mengesahkan bahawa punca kuasa dan perundangan berkaitan kelulusan lesen perjudian tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, bukan kerajaan negeri.
 
Back
Top
Log in Register