BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Calon PH Berwibawa, Bukan Dipilih Secara Sembarangan - Nga

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,719
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,719
Reaction score
97
Points
80

PRN Johor: Calon PH Berwibawa, Bukan Dipilih Secara Sembarangan - Nga​

26d2706424ec1fb39088dd53b33613426a3cd2903f059

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (kiri) melakukan lawatan sambil menyantuni penduduk setempat pada Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0 di Flat Taman Ungku Tun Aminah hari ini.

Pemilihan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat berdasarkan kewibawaan dan pengalaman masing-masing, dan bukannya secara semberono, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Nga Kor Ming.

Beliau berkata setiap calon yang diketengahkan telah melalui pelbagai proses tapisan bagi memastikan hanya individu yang mempunyai rekod perkhidmatan terbaik ditawarkan kepada rakyat.

“Calon-calon ini telah melalui pelbagai tapisan, dan yang penting kita mahu menawarkan yang terbaik kepada Bangsa Johor kerana kita sayang Johor,” katanya pada sidang media Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0 di Flat Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini hari ini.

Turut hadir calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai J. Kartiyani.

Nga berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai strategi PH yang dilihat mempertaruhkan ramai muka baharu bagi mendepani PRN Johor ke-16.

Mengulas mengenai calon PH bagi kerusi Skudai, beliau berkata calon berkenaan bukanlah muka baharu dalam khidmat masyarakat walaupun kali pertama diketengahkan sebagai calon pilihan raya.

“Beliau merupakan anak Skudai, lahir, membesar dan mendapat pendidikan awal di kawasan ini sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya.

“Beliau telah berkhidmat lebih 10 tahun di kawasan ini sebelum diberikan peluang untuk bertanding. Kita yakin beliau mampu membawa suara rakyat dan menjadi jambatan yang berkesan antara masyarakat setempat dengan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Nga yakin rakyat negeri itu akan membuat pilihan terbaik demi kepentingan negeri dan negara serta terus mempertahankan sistem demokrasi melalui penyertaan aktif dalam proses pilihan raya.

 
Back
Top
Log in Register