BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Calon PH Jeram Padang dakwa BN kempen guna aset kerajaan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Calon PH Jeram Padang dakwa BN kempen guna aset kerajaan​

f3066d31-3_manivanan_gowin_calon_ph_jeram_padang_moganraj_fmt_21072026-copy-2.jpg

G Manivannan dakwa wakil calonnya mendapati beberapa tempat seperti balai raya digunakan untuk menempatkan bendera BN.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kemudahan awam termasuk balai raya, didakwa digunakan untuk menyimpan bendera parti dan mengadakan perjumpaan politik.

“Saya dimaklumkan wakil calon kami beberapa tempat seperti balai raya digunakan untuk menempatkan bendera.

“Ada juga perjumpaan yang diadakan di situ,” katanya ketika ditemui FMT semasa berkempen di Felda Palong 2.

Manivannan berkata, wakil calonnya sedang meneliti dakwaan itu sebelum mengemukakan bantahan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kami sudah mengambil gambar dan bukti berkaitan untuk dikemukakan kepada SPR.

“Sekiranya perlu, kami juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat supaya tindakan susulan dapat diambil,” katanya.

DUN Jeram Padang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon BN, PH, Bersatu dan Parti Aspirasi Sains Malaysia (Asli).

Penyandang kerusi itu daripada BN, Mohd Zaidy Abdul Kadir, dicabar Manivannan, R Sri Sanjeevan daripada Bersatu dan Dayana Dal daripada Asli.
 
Back
Top
Log in Register