BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Jangan sorok dalam rumah’, calon PH Jeram Padang bidas Zaidy tolak debat

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

‘Jangan sorok dalam rumah’, calon PH Jeram Padang bidas Zaidy tolak debat​

bc630612-3b51-42f1-b4b4-2e463b71a516-G-Manivannan-Zaidy-290726.jpg

Calon PH di Jeram Padang G Manivannan memberitahu lawannya Zaidy Abdul Kadir, cabaran debat terbuka bukan bertujuan menghina atau menyerang mana-mana pihak, sebaliknya untuk memberi peluang kepada rakyat menilai kemampuan calon.

Tegasnya, cabaran debat terbuka itu bukan bertujuan menghina atau menyerang peribadi mana-mana pihak, sebaliknya untuk memberi peluang kepada rakyat mendengar visi, dasar, rekod dan penyelesaian yang ditawarkan setiap calon.

“Kalau berani, keluarlah. Jangan sorok dalam rumah. Debat bukan satu perangkap, sebaliknya medan terbaik untuk rakyat menilai kemampuan setiap calon,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PH Jeram Padang.

Semalam, Zaidy menolak cabaran berdebat dengan Manivannan kerana menganggap tindakan itu tiada asas jika hanya untuk mencari kesalahan orang lain, menghina dan mengutuk.

Penyandang kerusi Jeram Padang itu turut menafikan dakwaan beliau tidak aktif selama tiga tahun sebagai Adun sebelum kembali menjelang PRN, selain mendakwa Manivannan ditolak rakyat di Kuala Langat pada PRU15.

Manivannan berkata, PRN 1 Ogos ini sepatutnya tertumpu kepada masa depan rakyat Jeram Padang, bukannya mengungkit sejarah politik individu.

Jelasnya, sepanjang tempoh berkempen, beliau turun padang menemui pengundi di kawasan Felda, Felcra, taman perumahan, kampung Orang Asli, estet dan komuniti pelbagai kaum bagi mendengar sendiri permasalahan mereka.

Dalam perkembangan lain, Manivannan yang juga setiausaha politik pejabat presiden PKR, menafikan sekeras-kerasnya video tular mendakwa pemberian wang di sebuah stesen minyak di Rompin, Jeram Padang yang dikaitkan dengan PH.

Katanya, PH Jeram Padang tiada kaitan dengan dakwaan itu yang disifatkannya tidak bertanggungjawab, berunsur fitnah serta berpotensi mengelirukan pengundi dalam tempoh berkempen.

“Mana-mana individu yang didapati menyebarkan fitnah atau maklumat palsu perlu dipertanggungjawabkan mengikut lunas undang-undang,” katanya sambil menambah pihaknya akan membuat laporan polis berhubung dakwaan itu.
 
Kerusi ni hindu lawan muslim ka?
Takyah buang masa debat lah
 
Back
Top
Log in Register