BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Enggan terperangkap, calon BN Jeram Padang tolak debat

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Enggan terperangkap, calon BN Jeram Padang tolak debat​

2339794a-7ee3-4184-b4c5-9bc8222e61d3-10-MOHD-ZAIDY-ABDUL-KADIR-JERAM-PADANG-BN-MOGANRAJ-FMT-28...jpg

Calon BN Jeram Padang Mohd Zaidy Abdul Kadir, berkata beliau menolak debat dengan calon PH G Manivannan kerana tiada asas jika ‘hanya mahu mencari salah orang lain’.

“Apa asasnya saya perlu berdebat dengan dia. Kalau datang hanya untuk mencari kesalahan orang lain, menghina, dan mengutuk, itu bukan seorang pemimpin.

“Seorang pemimpin perlu bercakap tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat, apakah agenda yang mahu dibawa dan apakah masa depan yang dijanjikan jika diberikan mandat.

“Kalau dia desak, itu hak dia. Tetapi bagi saya, tidak ada keperluan pun. Dia desak, suruh saya masuk perangkap,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Manivannan mencabar Zaidy berdebat di hadapan penduduk bagi membolehkan pengundi menilai rekod dan tawaran dikemukakan.

Manivannan mendakwa, Zaidy tidak aktif di kawasan itu selama tiga tahun sebagai Adun sebelum kembali menjelang pilihan raya, selain mengaitkan pelbagai kejayaan kerajaan persekutuan sebagai pencapaian peribadi.

Dalam pada itu, Zaidy turut menafikan beliau tidak aktif menjadi Adun Jeram Padang, selain mendakwa Manivannan telah ditolak rakyat di Kapar sebelum ini.

“Yang saya faham, dia dulu ditolak rakyat Kapar. Hari ini datang ke Jeram Padang nak buat cerita lain pula. Saya serah kepada rakyat. Rakyat yang menilaikan pada hari mengundi nanti pada 1 Ogos ini,” katanya

Kerusi Jeram Padang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Manivannan, Zaidy, R Sri Sanjeevan (Bersatu), dan Dayana Dal (Parti Orang Asli Malaysia).

Pada PRN lalu, Zaidy menang kerusi itu dengan majoriti 693 undi.
 
Back
Top
Log in Register