BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pertembungan BN-PH Cerminan Kematangan Demokrasi, Tidak Gugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pertembungan BN-PH Cerminan Kematangan Demokrasi, Tidak Gugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan​

c04e1b6b7b746336266b57547149d3df64d79abc4b0c5


Pertembungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 tidak akan menggugat kestabilan serta keutuhan kerjasama Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

Rata-rata penganalisis politik berpendapat persaingan itu harus dilihat sebagai manifestasi kematangan demokrasi pada peringkat tempatan, memandangkan percaturan politik dalam sesebuah negeri tidak semestinya mencerminkan keretakan hubungan pada peringkat pusat.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Dr Nazreena Mohammed Yasin berkata persaingan itu merupakan ruang bagi setiap parti mengekalkan identiti organisasi masing-masing, dan bukannya satu petunjuk kepada kerapuhan hubungan.

"Kita boleh lihat bahawa kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan lebih berkait dengan aspek pentadbiran dan tadbir urus pada peringkat Persekutuan, manakala PRN memberikan ruang kepada parti-parti untuk mengukur kekuatan serta mengekalkan identiti politik masing-masing.

"Oleh itu, 'pertandingan' yang berlaku lebih wajar dilihat sebagai sebahagian daripada proses demokrasi dan strategi pilihan raya, bukannya petunjuk bahawa hubungan dalam Kerajaan Perpaduan telah terjejas," katanya kepada Bernama.

Nada yang sama dikongsi Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan serta Politik Dr Noor Nirwandy Mat Noordin yang menganggap perbezaan strategi itu sebagai variasi lazim antara pentadbiran pusat dan politik lokal.

Beliau berkata keadaan itu berpotensi memberikan lonjakan pemikiran baharu kepada masyarakat bahawa kebersamaan elemen federalisme boleh berjalan seiring dengan perbezaan politik setempat untuk menyokong kebaikan pengundi di Johor.

"Kerjasama pada peringkat Persekutuan itu tidak boleh diganggu-gugat berdasarkan kepada isu-isu yang boleh membawa kepada kepentingan bersama," kata Noor Nirwandy.

 
Back
Top
Log in Register