BTC USD 75,787.3 Gold USD 4,322.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Allianz Malaysia Bantu 42 Keluarga Orang Asli Jana Pendapatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141
c856e14d00b611d5eae001b0d0e495fc6985e4a464c77

eae3332ae37c88e00be4ae7e7a6a65b26985e4b5550eb

Kredit Foto: Allianz Malaysia Berhad

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) melalui cabang tanggungjawab sosial korporatnya, bersama rakan strategik Yayasan Kajian dan Pembangunan Masyarakat (YKPM), mencatat kemajuan memberangsangkan dalam Program Pemerkasaan Lestari Orang Asli menerusi Ekonomi Lestari.

Menurut kenyataan syarikat hari ini, sehingga Januari 2026, inisiatif berkenaan telah memperkasa 42 keluarga Orang Asli untuk menjana pendapatan lebih tinggi, selain mengekalkan pelaburan berterusan dalam pembangunan infrastruktur bagi menyokong kelestarian jangka panjang.

Program yang dilaksanakan sejak 2024 itu bertujuan memperkasa komuniti Orang Asli di Pekan, Pahang, bagi mempelajari, membina, dan menerajui perusahaan sosial lestari melalui agroperhutanan. Ia juga memperkukuh keterjaminan makanan bagi membolehkan mereka melepasi garis kemiskinan.

Pengembangan strategik fasa baharu, yang bermula pada Ogos 2025, telah meluaskan jangkauannya kepada 70 petani daripada 42 isi rumah, memberi impak positif kepada 1,318 penduduk di enam kampung.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang berkata fasa baharu ini memperkukuh asas melalui amalan pertanian kolektif, infrastruktur berpusat, logistik cekap, peluang menjana pendapatan lebih luas, serta inisiatif kepimpinan dan pembangunan komuniti.

“Di Allianz Malaysia, kami percaya pemerkasaan sebenar berlaku apabila komuniti diberi peralatan, keyakinan, dan peluang untuk menerajui kemajuan mereka sendiri.

“Melalui program ini, kami berbangga dapat bersama komuniti Orang Asli dalam membina mata pencarian lestari yang menyokong keluarga serta generasi mereka yang akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan YKPM Kon Onn Sein berkata pembiayaan kewangan daripada Allianz Malaysia membolehkan yayasan itu memperkukuh sokongan terhadap komuniti Orang Asli agar berdikari dan berkembang menjadi ekonomi berskala lebih luas.

“Pembiayaan ini juga membolehkan kami membina program dan proses yang bersistematik serta lestari, membawa kepada pembasmian kemiskinan dan transformasi sosial komuniti Orang Asli,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register