BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baju Sekolah NADI Buka Peluang Jana Pendapatan, Bantu Keluarga Berjimat - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Baju Sekolah NADI Buka Peluang Jana Pendapatan, Bantu Keluarga Berjimat - Fadhlina​

5cbe5559a8b545229d61303b211005476a7869194ecf1

kredit: FB Fadhlina Sidek

Inisiatif Baju Sekolah NADI bukan sahaja membantu keluarga mendapatkan kelengkapan persekolahan pada harga lebih mampu milik, malah membuka peluang kepada alumni program NADI Mahir Jahit untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dipelajari.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata inisiatif itu lahir daripada program NADI Mahir Jahit yang disediakan di bawah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), yang memberi peluang kepada peserta terdiri daripada suri rumah dan ibu tunggal untuk mempelajari kemahiran menjahit sebelum kemahiran berkenaan dimanfaatkan untuk menjana pendapatan keluarga.

“Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

“Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti. Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menerusi teras Pembelajaran Sepanjang Hayat, NADI menyediakan platform bagi golongan yang tidak berkemampuan serta tercicir untuk mendapat pendidikan dan kemahiran meliputi NADI TINYTECHIES, NURTURE EKELAS Pelajar, NADI E-Sukan, NADI Tuisyen Rakyat, NADI Cybersecurity, NADI Mahir (Jahit, Masak, Baiki gajet, Foto/Video, Pertanian pintar, Literasi ICT) dan NADI AI Programme.

Fadhlina berkata bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat bagi pembelian pakaian sekolah tanpa mengenakan faedah atau caj tambahan.

Beliau berkata kemudahan itu bukan berbentuk pinjaman atau skim “Pay Later”, sebaliknya satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Fadhlina berkata nilai terbesar inisiatif berkenaan bukan sekadar cara membeli sehelai baju sekolah, sebaliknya pada peluang yang terhasil apabila seseorang diberikan kemahiran dan ruang untuk menggunakannya.

“Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya pula membantu keluarga lain berjimat.

 
Back
Top
Log in Register