BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PISA 2025: Sokongan Keluarga Penting Dalam Pendidikan Anak - Fadhlina

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141

PISA 2025: Sokongan Keluarga Penting Dalam Pendidikan Anak - Fadhlina​

b1de412b90e61312b272968e7f4c4ad36aa018ac8e623

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek bercakap semasa Sidang Media Pengumuman Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 di Putrajaya hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Keputusan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025 perlu dilihat melangkaui angka dan kedudukan carta antarabangsa, sebaliknya turut memberi perhatian kepada hubungan kekeluargaan dalam ekosistem pendidikan negara, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Beliau berkata kesibukan kehidupan moden menyebabkan ibu bapa kadangkala terlepas pandang momen penting bersama anak-anak, sedangkan sokongan keluarga memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka, termasuk dari segi emosi dan pembelajaran.

Fadhlina menyeru ibu bapa supaya sentiasa berusaha memperuntukkan masa dan memberikan perhatian kepada anak-anak meskipun berdepan tuntutan kerja dan kesibukan harian.

“Kita semua sedang mengejar kehidupan. Pagi mengejar waktu, petang mengejar kerja dan malam kita sudah keletihan. Kadang-kadang anak datang membawa cerita, kita menjawab sambil melihat telefon. Kadang-kadang mereka mahu menunjukkan sesuatu, kita kata ‘nanti dulu’.

“Sedangkan zaman anak-anak kita menjadi kecil tidak lama. Suatu hari nanti, mereka tidak lagi berebut mahu bercerita tentang sekolah dan mungkin ketika itu kita mempunyai lebih banyak masa. Cuma mereka sudah tidak memerlukan kita seperti dahulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata pendidikan seorang anak bukan hanya mengenai apa yang berlaku di dalam kelas kerana terdapat perkara yang hanya boleh diberikan oleh rumah, termasuk pelukan selepas hari yang buruk, bertanya mengenai hari mereka dan kesediaan mendengar cerita mereka.

Fadhlina berkata PISA turut menunjukkan anak-anak Malaysia mempunyai rasa ingin tahu dan kecekalan yang tinggi, namun mereka membesar dalam dunia yang lebih kompleks, termasuk berdepan ancaman buli siber.

“Sebagai Menteri, saya melihatnya sebagai cabaran kepada sistem pendidikan. Sebagai ibu, saya terfikir. Bagaimana kalau itu anak saya? Bagaimana kalau dia sedang terluka tetapi saya terlalu sibuk untuk menyedarinya?.

“Saya memikul amanah menjaga pendidikan jutaan anak Malaysia tetapi apabila pulang ke rumah, saya tetap seorang ibu dengan kerisauan yang sama seperti ibu-ibu lain,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register