BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PISA 2025: Pelajar Malaysia Tunjuk Kesediaan Tinggi Untuk Belajar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,155
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,155
Reaction score
346
Points
141

PISA 2025: Pelajar Malaysia Tunjuk Kesediaan Tinggi Untuk Belajar​

fae0888afc7bf1628b19ffdf59d7ddc36aa110a488b7c

f8238320ed860e1ce994ce88c6adf45e6aa1108a91e5d


Pelajar Malaysia menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk belajar, dengan keputusan terkini Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025 menunjukkan sikap positif terhadap pembelajaran, di samping terdapat ruang untuk memperkukuh pencapaian akademik.

Profil negara bagi penilaian itu yang diumumkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pada Selasa mendapati 80 peratus pelajar Malaysia berusia 15 tahun bersetuju atau sangat bersetuju bahawa mereka “mempunyai rasa ingin tahu terhadap pelbagai perkara”, berbanding 73 peratus di negara-negara OECD, manakala 79 peratus berkata mereka “melakukan usaha tambahan apabila tugasan menjadi lebih mencabar” (purata OECD: 60 peratus).

Di antara tempoh 2022 hingga 2025, peratusan pelajar yang melaporkan mereka mempunyai rasa ingin tahu terhadap pelbagai perkara meningkat sebanyak lapan mata peratusan, manakala mereka yang melaporkan usaha tambahan apabila tugasan menjadi mencabar meningkat sebanyak 8.2 mata peratusan. Peratusan pelajar yang bersetuju bahawa persekolahan hanya membuang masa turut menurun sebanyak 13.2 mata peratusan.

Kira-kira 46 peratus pelajar melaporkan bahawa mereka kerap atau sangat kerap merancang pendekatan mereka terhadap pembelajaran, manakala 52 peratus berkata mereka bertanya kepada diri sendiri tentang bahan pembelajaran bagi memastikan sama ada mereka telah memahaminya (purata OECD masing-masing 37 peratus dan 49 peratus).

Pelajar Malaysia turut menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk mendapatkan bantuan, dengan 92 peratus menyatakan mereka meminta bantuan daripada guru apabila diperlukan, manakala 94 peratus mendapatkan bantuan daripada rakan sekelas apabila mereka tidak memahami sesuatu sepenuhnya (purata OECD masing-masing 77 peratus dan 82 peratus).

Walaupun petunjuk positif ini memberikan gambaran penting tentang sikap pelajar terhadap pembelajaran, pencapaian dalam matematik menurun berbanding 2022, manakala pencapaian membaca dan sains kekal stabil meskipun berlaku kemerosotan yang lebih meluas di peringkat global.

“Berbanding 2018, skor purata lebih rendah dalam ketiga-tiga mata pelajaran,” menurut laporan itu.

OECD menyatakan bahawa “sifat ingin tahu, ketekunan dan menghargai sekolah paling kerap dikaitkan dengan pencapaian sains yang lebih tinggi”, sekali gus menekankan kepentingan sikap positif terhadap pembelajaran dalam menyokong pencapaian pelajar.

 
Back
Top
Log in Register