BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PISA 2025: Pelajar Malaysia Serlah Sifat Ingin Tahu, Daya Tahan - Pengarah OECD

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,163
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,163
Reaction score
346
Points
141

PISA 2025: Pelajar Malaysia Serlah Sifat Ingin Tahu, Daya Tahan - Pengarah OECD​

f8e1d4e5322550cfebdbfc76a1ec29f36a9fe4e933388

d662af98443213bae1adcb252f5e8b3e6a9fe509584ea

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek bersama Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menunjukkan pelaporan Pengumuman Programme for International Student Assessment (PISA) 2025 di Putrajaya hari ini.

Keputusan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2025 Malaysia menyerlahkan beberapa kekuatan dalam sistem pendidikan, khususnya dari segi sifat ingin tahu, ketekunan, keupayaan untuk berdikari dan pemikiran komputasional dalam kalangan pelajar.

Pengarah Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) Andreas Schleicher berkata pelajar Malaysia berusia 15 tahun menonjol dari segi sifat ingin tahu dan ketekunan, selain mampu belajar secara berdikari dengan menetapkan matlamat dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri, serta terus berusaha apabila berdepan kesukaran.

"Malah, dalam aspek-aspek berkenaan, Malaysia menunjukkan prestasi lebih baik berbanding majoriti negara yang mengambil bahagian dalam PISA 2025.

"Dan perkara itu mustahak kerana dalam dunia yang bakal ditempuh golongan muda, pengetahuan akan kekal penting, tetapi apa yang lebih mustahak adalah keupayaan untuk terus belajar dan berkembang," katanya.

Beliau mengulas mengenai prestasi menerusi rakaman video yang disiarkan pada pengumuman PISA 2025 oleh Kementerian Pendidikan di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek dan pegawai kanan kementerian.

Schleicher turut menggariskan mengenai kejayaan negara dalam mewujudkan peluang lebih saksama antara sekolah, dengan kira-kira 17 peratus variasi dalam prestasi pelajar berlaku antara sekolah, iaitu lebih rendah daripada purata antarabangsa.

Beliau berkata perbezaan antara sekolah yang menyediakan pendidikan kepada masyarakat yang lebih berkemampuan dan kurang berkemampuan adalah lebih kecil berbanding kebanyakan sistem pendidikan yang lain, menyaksikan Malaysia turut mencatat prestasi yang baik.

“Ini kerana kecemerlangan dan kesaksamaan tidak sewajarnya dilihat sebagai dua matlamat yang bertentangan. Sistem pendidikan yang benar-benar berjaya tidak memerlukan pelajar memilih antara kedua-duanya. Sebaliknya, ia meningkatkan tahap pencapaian pelajar,” katanya.

Satu lagi kekuatan yang diketengahkan beliau ialah pelajar Malaysia melaporkan tahap sokongan guru yang tinggi, menunjukkan warga pendidik semakin berperanan sebagai jurulatih, mentor, pemudah cara dan mereka bentuk pengalaman pembelajaran, bukannya sekadar menyampaikan pengetahuan.

 
Back
Top
Log in Register