BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sokongan Masyarakat, Swasta Penting Bantu Bekas Klien AADK Kembali Dalam Masyarakat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,775
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,775
Reaction score
289
Points
146

Sokongan Masyarakat, Swasta Penting Bantu Bekas Klien AADK Kembali Dalam Masyarakat​

a5f19a1766c925eb6fbb33f06e36ac226a811b5fd81a7

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang ketika merasmikan Program Inspirasi Kehidupan Baharu Tahun 2026 di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bousted Holdings Bhd Datuk Ir Dr Ahmad Sabirin Arshad (dua, kanan).


Sokongan berterusan daripada masyarakat dan sektor swasta penting dalam membantu bekas klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) meneruskan kehidupan selepas keluar dari pusat pemulihan, sekali gus mengurangkan risiko pengulangan penagihan.

Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh berkata ketiadaan sokongan selepas mereka keluar, termasuk kesukaran mendapatkan pekerjaan dan stigma masyarakat, boleh menyebabkan bekas klien hilang keyakinan diri serta berputus asa.

Ruslin berkata pendedahan kepada program vokasional ketika berada di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), selain sokongan pihak luar selepas keluar, dapat membantu klien membina keyakinan diri dan meneruskan kehidupan dalam masyarakat.

“Apabila mereka ada kerja dan mereka disokong oleh bukan saja institusi pekerjaan, tetapi juga keluarga dan masyarakat, maka stigma terhadap mereka akan kurang.

"Apabila tidak ada stigma, mereka ada keyakinan diri untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas Program Inspirasi Kehidupan Baharu Tahun 2026 di sini, semalam.

Program itu dijayakan melalui kerjasama AADK dan Boustead Holdings Bhd (Boustead) bersama-sama 90 warga PUSPEN Sepang.

Ruslin berharap lebih banyak pihak tampil membantu memberikan peluang kedua kepada individu yang terlibat dengan penagihan dadah kerana tindakan itu bukan tanggungjawab AADK atau Kementerian Dalam Negeri semata-mata, sebaliknya memerlukan penglibatan semua.

“Klien-klien yang berada dalam PUSPEN ini, mereka akan keluar. Sekiranya kita tidak menyantuni mereka sebelum mereka keluar, mereka akan sesat selepas ini.

“Dengan harapan apabila kita dedahkan mereka dengan dunia luar, khususnya pihak swasta datang untuk bertemu dengan mereka, bersukan dengan mereka, memberikan motivasi kepada mereka, insya-Allah apabila mereka keluar nanti mereka ada satu harapan baharu,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register