BTC USD 75,896.9 Gold USD 4,326.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fadhlina Ziarah Keluarga Allahyarham Muhammad Raiyan Nufael

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Fadhlina Ziarah Keluarga Allahyarham Muhammad Raiyan Nufael​

3eb2f7918c170d794bfdd78eb47bbb0e6a3e49ae3e711

c41d1a2efc77105661c252b59c307ee86a3e49c01f434

50f8c261ddbabe7f7bdd90877f320fd86a3e49d0995c4

Kredit: FB Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini menziarahi keluarga pelajar yang meninggal dunia selepas rebah ketika menjalani latihan ragbi di sebuah sekolah di Telok Mas pada Rabu lepas.

Beliau menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata kunjungan itu bagi mewakili seluruh warga Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyampaikan ucapan takziah kepada ibu bapa Allahyarham Muhammad Raiyan Nufael.

“Semoga roh Allahyarham anakanda Muhammad Raiyan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan keluarga terus diberikan kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar tingkatan dua rebah sebelum meninggal dunia ketika mengikuti latihan ragbi di sebuah sekolah di Telok Mas, kira-kira 6 petang pada Rabu lepas.

Dalam kejadian itu, remaja berusia 14 tahun itu dilaporkan baru menjalani latihan selama kira-kira 15 minit sebelum mengalami sesak nafas ketika mendengar taklimat yang disampaikan jurulatih selepas sesi rehat.

 
Back
Top
Log in Register