BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Fadhlina Minta Masyarakat Hormati Keluarga Pelajar, Kes Sedang Disiasat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,124
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,124
Reaction score
346
Points
141

Fadhlina Minta Masyarakat Hormati Keluarga Pelajar, Kes Sedang Disiasat​

7f614dd113f5f987fa4951b23a35e7226a355efe474c1

ae85c695bb9f0be6aa845fe5d0a229d16a355f1772224

kredit: FB Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyeru masyarakat supaya memberi ruang dan menghormati sensitiviti keluarga pelajar perempuan berusia 16 tahun yang meninggal dunia di sebuah sekolah di sini pagi tadi.

Fadhlina berkata kejadian yang menimpa pelajar berkenaan sedang disiasat oleh pihak polis dan pihaknya memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang berjalan.

“Mendapat perkhabaran duka pemergian anakanda di sebuah sekolah di Negeri Sembilan pada hari ini. Semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Semoga keluarga diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina berkata keutamaan ketika ini adalah memastikan bantuan terbaik diberikan kepada keluarga dan semua yang terlibat.

Terdahulu, Fadhlina dan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad turut menziarah keluarga pelajar berkenaan di Hospital Rembau malam ini bagi memberikan sokongan.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pelajar berkenaan yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan sebuah sekolah menengah di sini pada 10.48 pagi.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan polis meneruskan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan beberapa saksi serta laporan bedah siasat.

 
Back
Top
Log in Register