BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Agroekonomi Zakat Selangor Buka Peluang Asnaf Jana Pendapatan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Projek Agroekonomi Zakat Selangor Buka Peluang Asnaf Jana Pendapatan​

05caecaf3466ac23c74aa8e2ee99bc0f6a44b93fef634

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berucap pada perasmian Projek Agroekonomi Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) di sini hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Usaha membantu golongan asnaf kini tidak lagi tertumpu kepada bantuan kewangan semata-mata apabila Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) memperkenalkan Projek Agroekonomi yang membuka ruang kepada mereka membina sumber pendapatan menerusi sektor pertanian.

Projek bernilai RM26 juta itu dibangunkan di kawasan seluas 110 ekar di Laman Agro Ehsan, Bukit Beruntung, dengan 76 ekar diperuntukkan bagi pembangunan kawasan agro termasuk tanaman cili fertigasi.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan projek berkenaan yang melibatkan penyertaan 48 peserta asnaf terpilih.

Turut hadir Pengerusi Zakat Selangor Tan Sri Syed Anwar Jamalulail, Ahli Jawatankuasa Penasihat Laman Agro Zakat Selangor Datuk Adnan Pawanteh, Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Dalam sembah ucapan, Adnan berkata projek itu mencerminkan pendekatan Zakat Selangor dalam menyediakan peluang ekonomi kepada golongan asnaf melalui latihan, bimbingan serta sokongan pengurusan pertanian.

Beliau berkata para peserta yang dipilih bakal mengikuti program pembangunan selama tiga tahun merangkumi latihan teknikal, pemantauan tanaman dan bimbingan bagi membantu mereka menguruskan projek secara lebih tersusun.

"Setiap peserta akan mengusahakan satu plot tanaman berkeluasan 0.5 ekar yang menempatkan 2,000 beg tanaman cili, menjadikan keseluruhan 96,000 beg tanaman bagi 48 plot setiap musim penanaman," katanya.

Beliau berkata pendekatan itu berpotensi membantu peserta memperoleh pendapatan sehingga RM4,000 sebulan apabila pengurusan tanaman mencapai tahap stabil.

Pemilihan peserta dibuat melalui proses saringan bersama Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat (PPKKL) bagi mengenal pasti calon yang sesuai menyertai program berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register