combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,389
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,389
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
KLANG, 11 Feb -- Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Miszairi Sitiris (tengah) menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari (dua kiri) menyerahkan replika cek bernilai RM35,983,800 kepada Orang Besar Daerah Kuala Langat Tengku Datuk Mohamad Tengku Harun (dua, kanan) pada Program Simbolik Agihan Bantuan Ramadan dan Syawal serta Pengumuman Kadar Zakat Fitrah bagi Selangor Tahun 2026 di Pusat Konvensyen KSL Klang hari ini.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) mendedahkan kira-kira 2,000 asnaf di negeri ini diperalat dan dijadikan keldai akaun susulan taktik penipuan sindiket yang memanipulasi golongan rentan berikutan kesempitan hidup.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor Mohd Khaizir Shahari berkata hasil semakan dalaman termasuk maklumat daripada institusi kewangan menunjukkan sebahagian penerima bantuan terkesan apabila akaun bank mereka disenarai hitam, sekali gus menjejaskan penyaluran bantuan bulanan.
“Mereka (asnaf) ini lebih senang dimanipulasi ekoran kesempitan wang. Ada yang sanggup menerima tawaran bayaran berjumlah RM100 setiap bulan dengan hanya serahkan kad pengenalan, buka akaun bank serta tetapkan kata laluan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) sebelum diserahkan kepada sindiket.
“Biasanya mereka akan tersedar ketika mahu menerima bantuan bulanan. Pihak bank akan memaklumkan bayaran bantuan tidak lulus kerana akaun telah disenarai hitam,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media Program Simbolik Agihan Bantuan Ramadan dan Hari Raya 1447H/2026M di Pusat Konvensyen KSL, yang turut dihadiri Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Miszairi Sitiris.
Mohd Khaizir berkata Zakat Selangor mula mengesan pola kegagalan transaksi bantuan apabila institusi perbankan memaklumkan akaun penerima tertentu disenarai hitam berikutan penglibatan dalam kes berkaitan penipuan kewangan.
“Apabila ditanya kepada bank, didapati akaun disenarai hitam sebab ada kes. Apabila kita lihat kes-kes itu didapati ramai pula asnaf kita menjadi keldai akaun. Sindiket pula beranggapan ini adalah peluang untuk buat duit.
"Oleh itu, Zakat Selangor terpaksa memikirkan kaedah lain sekiranya masih ada akaun asnaf yang tidak boleh diakses bagi memastikan bantuan boleh diserahkan dengan cepat," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohd Khaizir menegaskan status disenarai hitam tidak menafikan kelayakan asnaf menerima zakat, sebaliknya menuntut kaedah penyaluran alternatif agar bantuan berterusan tanpa melanggar peraturan perbankan.
2,000 Asnaf Terjerat Sindiket Keldai Akaun - Zakat Selangor
LZS, zakat, keldai akaun, mohd khaizir shahari,