BTC USD 76,604.1 Gold USD 4,361.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahasiswa Jangan Mudah Terperdaya Jadi Keldai Dadah, Akaun - Bukit Aman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Mahasiswa Jangan Mudah Terperdaya Jadi Keldai Dadah, Akaun - Bukit Aman​

63d4846d7e67820a6b63b8e26abbcb9f6aa7af16968df

42da4409093ff4dd39934148d7b534eb6aa7a35fe7cb6

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin memeriksa perbarisan sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor Sukarelawan Simpanan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS) Universiti Awam Ke-22 Tahun 2026 di Universiti Malaysia Kelantan hari ini.

Golongan muda termasuk mahasiswa perlu bijak menilai maklumat di media sosial supaya tidak terperdaya dengan pihak ketiga sehingga terjebak menjadi keldai dadah atau keldai akaun.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Noor Hisam Nordin berkata tarikan imbuhan yang ditawarkan boleh menyebabkan golongan itu terpengaruh untuk terlibat dalam kegiatan itu.

“Jangan jadi keldai dadah dan keldai akaun yang kerap melibatkan generasi muda, bukan sahaja penuntut universiti tetapi juga golongan muda lain,” katanya.

Noor Hisam berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Inspektor Kor SUKSIS ke-22 Tahun 2026 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UMK Datuk Profesor Dr Arham Abdullah dan Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau menasihatkan mahasiswa supaya mendapatkan maklumat tepat daripada polis jika berhadapan sebarang kemusykilan selain juga boleh mendapatkan pandangan pensyarah sebelum membuat keputusan.

“Jangan mudah terperdaya dengan propaganda atau publisiti oleh pihak ketiga ini. Dapatkan nasihat sebelum keadaan menjadi lebih berbahaya atau lebih mudah pergi ke balai polis terdekat untuk maklumat lebih tepat,” katanya.

Selain itu, Noor Hisam berkata mahasiswa perlu menjaga masa depan dengan tidak terlibat dalam perkara negatif terutama berkaitan dadah dan perlu lebih bijak dalam menilai apa yang ditunjukkan kerana pihak sindiket mahir mempengaruhi dalam mencari mangsa.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata lepasan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor SUKSIS) mempunyai kelebihan untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah mempunyai asas disiplin dan kepolisan menerusi latihan selama tiga tahun.

 
Back
Top
Log in Register