BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Daya Insani Sedia Latihan Kemahiran, Jamin Peluang Pekerjaan Untuk Asnaf

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,773
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,773
Reaction score
289
Points
146

Program Daya Insani Sedia Latihan Kemahiran, Jamin Peluang Pekerjaan Untuk Asnaf​

e82e6e283ca3147b3ec14c293ffb7fa76a572a70486bd

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad Mohd Muazzam Mohamed bersama Ketua Syariah Kumpulan Lembaga Tabung Haji Imran Mohammad Khayat (kanan) ketika menjadi tetamu program Jendela Fikir terbitan Bernama Radio di Wisma Bernama hari ini.

Program Pembangunan Belia Asnaf untuk Pemerkasaan Individu secara Inklusif dan Mampan (Daya Insani) yang diperkenalkan menerusi kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) dan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menggabungkan latihan kemahiran serta jaminan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.

Pengarah Kewangan Sosial Bank Islam Mohd Zikri Mohd Shairy berkata berbeza dengan program bantuan konvensional, inisiatif perintis Daya Insani untuk membantu golongan belia asnaf dan anak yatim lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu direka dengan pendekatan serampang dua mata iaitu menyediakan latihan kemahiran dan jaminan peluang pekerjaan pasca-pengajian.

“Anak-anak ini mungkin tidak mendapat tawaran daripada mana-mana universiti tetapi mereka ada kecenderungan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Untuk projek perintis ini, kita memberikan fokus kepada dua sektor utama yang berimpak tinggi iaitu teknologi pembuatan dan kejururawatan dengan kerjasama rakan pelaksana strategik seperti Kulim Hi-Tech Skills Center Academy di Kedah dan Kolej Universiti Bestari (UCB) di Terengganu.

"Di bawah inisiatif ini, peserta bagi sektor pembuatan akan menjalani latihan intensif tiga bulan manakala bagi sektor kejururawatan, mereka akan mengikuti pengajian peringkat diploma tiga tahun sebelum diserap masuk ke dalam rangkaian hospital swatsa di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI) Healthcare," katanya.

Mohd Zikri berkata demikian ketika bersama Ketua Syariah Kumpulan TH Imran Mohammad Khayat menjadi tetamu pada program Jendela Fikir bertajuk "Daya Insani: Membina Potensi, Mencipta Peluang" terbitan Bernama Radio di sini, hari ini.

Mohammad Zikri berkata selain penekanan terhadap aspek kemahiran teknikal, program Daya Insani turut menerapkan formula holistik P.I.E.S (Physical, Intellectual, Emotion dan Spiritual) bagi memastikan peserta bersedia menghadapi realiti serta cabaran budaya di alam pekerjaan sebenar.

"Peserta turut menerima elaun bulanan RM500 sepanjang tempoh latihan sebagai pendedahan awal kepada didikan pengurusan kewangan bijak yang akhirnya akan membentuk anak-anak mempunyai daya tahan kewangan yang baik," katanya.

Sementara itu, Imran berkata sumbangan dana perintis sebanyak RM1 juta bagi program Daya Insani disalurkan melalui inisiatif kewangan sosial Bank Islam iaitu Sadaqa House, menggunakan peruntukan daripada dana zakat wakalah oleh pendeposit TH.

"Amanah yang diberikan oleh penyumbang zakat ini menuntut kita untuk memastikan keberkesanan jangka panjang. Melalui Sadaqa House, kita akan memantau rapat perkembangan dan disiplin peserta, termasuk selepas mereka memasuki alam pekerjaan melalui penilaian impak Social Return on Investment (SROI).

 
Back
Top
Log in Register