BTC USD 75,677.2 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Tawhid

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,712
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,712
Reaction score
3,506
Points
211
1780905505549.png


1780905521159.png


Hadits Muslim no. 38
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada `Utsman (ibn `Affan رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Barang siapa mati,
dalam keadaan dia mengetahui (beriman dengan)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
(tiada Ilah (Yang berhak disembah, ditaati & diagungkan secara mutlak)
selain Allah)

nescaya dia masuk syurga.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ كِلَاهُمَا عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ إِبْرَاهِيمَ قَالَ أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ عَنْ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنِي الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ حُمْرَانَ عَنْ عُثْمَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَاتَ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ حَدَّثَنَا خَالِدٌ الْحَذَّاءُ عَنْ الْوَلِيدِ أَبِي بِشْرٍ قَالَ سَمِعْتُ حُمْرَانَ يَقُولُ سَمِعْتُ عُثْمَانَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مِثْلَهُ سَوَاءً


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1780984771493.png


Hadits Abu Dawud no. 2709
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Mu`adz ibn Jabal (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Barang siapa kalimah terakhirnya (sebelum mati)
adalah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
(tiada Ilah (Yang berhak disembah, ditaati & diagungkan secara mutlak)
selain Allah)

nescaya dia masuk syurga.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ الْمِسْمَعِيُّ حَدَّثَنَا الضَّحَّاكُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْحَمِيدِ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنِي صَالِحُ بْنُ أَبِي عَرِيبٍ عَنْ كَثِيرِ بْنِ مُرَّةَ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1781162177226.png


1781162186693.png


Hadits Muslim no. 1524
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Ajarkan kepada orang yang nazak (hampir mati)
di kalangan kalian,

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
(tiada Ilah (Yang berhak disembah, ditaati & diagungkan secara mutlak)
selain Allah).”

Teks Arab
و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ وَعُثْمَانُ ابْنَا أَبِي شَيْبَةَ ح و حَدَّثَنِي عَمْرٌو النَّاقِدُ قَالُوا جَمِيعًا حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ عَنْ يَزِيدَ بْنِ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِّنُوا مَوْتَاكُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1783852415157.png


1783852432318.png


Hadits Muslim no. 836
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Mu`awiyah ibn al-Hakam as-Sulami (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Ketika aku sedang solat
bersama Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ,
tiba-tiba seorang lelaki daripada suatu kaum
bersin.

Lalu aku menyebut,
يَرْحَمُكَ اللَّهُ
“(Semoga Allah merahmatimu).”

Maka kaum itu (jemaah solat) memandangku
dengan pandangan yang tajam.

Aku berkata,
“Alangkah sedihnya ibuku kehilangan aku!
Mengapa kalian memandang kepadaku?
(beliau merasa serba salah).”

Lalu mereka mula memukul paha mereka
dengan tangan mereka.

Apabila aku melihat mereka cuba menyuruhku diam,
maka aku pun diam.

Apabila Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ selesai solat,
maka demi ayah dan ibuku sebagai tebusannya (sumpah orang Arab),

aku tidak pernah melihat seorang pendidik
sebelum atau selepasnya (Nabi)
yang lebih baik pengajarannya
daripada baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ).

Demi Allah,
baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) tidak memarahi aku,
tidak memukul aku
dan tidak mencaci maki aku.

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Sesungguhnya solat ini tidak layak di dalamnya
sesuatu pun daripada kata-kata manusia.

Sesungguhnya ia hanyalah tasbih,
takbir
dan bacaan al-Qur’an.”

Aku berkata,
“Wahai Rasul Allah,
sesungguhnya aku masih baru meninggalkan jahiliyyah.

Dan Allah telah mendatangkan Islam.

Dan sesungguhnya di antara kami,
ada lelaki yang bertemu
dengan para dukun.”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Janganlah kalian bertemu dengan mereka.”

Aku berkata,
“Dan di antara kami,
ada lelaki yang mempercayai tathayyur
(kepercayaan terhadap petanda buruk).”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Itu adalah sesuatu yang mereka rasakan dalam dada mereka,
maka janganlah ia (tathayyur) menghalangi (hidup) mereka.”

Aku berkata,
“Dan di antara kami,
ada lelaki yang membuat garisan ramalan hidup.”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Ada seorang Nabi daripada para Nabi
yang membuat garisan ramalan hidup.
Maka barang siapa yang bertepatan dengan garisan baginda (Nabi itu),
maka itulah (garisan yang berdasarkan wahyu).”

Beliau (Mu`awiyah ibn al-Hakam as-Sulami) berkata,
“Aku mempunyai seorang hamba wanita
yang menggembala kambing-kambing milikku
di arah Uhud
dan al-Jawwaniyyah.

Pada suatu hari aku melihat,
tiba-tiba seekor serigala telah membawa lari seekor kambing
daripada jagaan kambingnya.

Aku hanyalah seorang manusia
daripada anak Adam.
Aku juga marah sepertimana mereka marah.

Tetapi aku telah menamparnya (hamba wanita itu)
dengan satu tamparan.

Lalu aku datang kepada Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ,
maka baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) menganggap perkara itu besar
terhadapku.

Aku berkata,
“Wahai Rasul Allah,
tidakkah lebih baik aku memerdekakannya?”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Bawalah dia kepadaku.”

Maka aku membawa dia (hamba wanita itu)
kepada baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ).

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bertanya
kepadanya (hamba wanita itu),
“Di manakah Allah?”

Dia menjawab,
“Di langit.”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bertanya,
“Siapakah aku?”

Dia menjawab,
“Kau ialah Rasul Allah.”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Merdekakanlah dia,
kerana sesungguhnya dia seorang yang beriman.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَتَقَارَبَا فِي لَفْظِ الْحَدِيثِ قَالَا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ حَجَّاجٍ الصَّوَّافِ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ هِلَالِ بْنِ أَبِي مَيْمُونَةَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ الْحَكَمِ السُّلَمِيِّ قَالَ
بَيْنَا أَنَا أُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ عَطَسَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ فَقُلْتُ يَرْحَمُكَ اللَّهُ فَرَمَانِي الْقَوْمُ بِأَبْصَارِهِمْ فَقُلْتُ وَا ثُكْلَ أُمِّيَاهْ مَا شَأْنُكُمْ تَنْظُرُونَ إِلَيَّ فَجَعَلُوا يَضْرِبُونَ بِأَيْدِيهِمْ عَلَى أَفْخَاذِهِمْ فَلَمَّا رَأَيْتُهُمْ يُصَمِّتُونَنِي لَكِنِّي سَكَتُّ فَلَمَّا صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبِأَبِي هُوَ وَأُمِّي مَا رَأَيْتُ مُعَلِّمًا قَبْلَهُ وَلَا بَعْدَهُ أَحْسَنَ تَعْلِيمًا مِنْهُ فَوَاللَّهِ مَا كَهَرَنِي وَلَا ضَرَبَنِي وَلَا شَتَمَنِي قَالَ إِنَّ هَذِهِ الصَّلَاةَ لَا يَصْلُحُ فِيهَا شَيْءٌ مِنْ كَلَامِ النَّاسِ إِنَّمَا هُوَ التَّسْبِيحُ وَالتَّكْبِيرُ وَقِرَاءَةُ الْقُرْآنِ أَوْ كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي حَدِيثُ عَهْدٍ بِجَاهِلِيَّةٍ وَقَدْ جَاءَ اللَّهُ بِالْإِسْلَامِ وَإِنَّ مِنَّا رِجَالًا يَأْتُونَ الْكُهَّانَ قَالَ فَلَا تَأْتِهِمْ قَالَ وَمِنَّا رِجَالٌ يَتَطَيَّرُونَ قَالَ ذَاكَ شَيْءٌ يَجِدُونَهُ فِي صُدُورِهِمْ فَلَا يَصُدَّنَّهُمْ قَالَ ابْنُ الصَّبَّاحِ فَلَا يَصُدَّنَّكُمْ قَالَ قُلْتُ وَمِنَّا رِجَالٌ يَخُطُّونَ قَالَ كَانَ نَبِيٌّ مِنْ الْأَنْبِيَاءِ يَخُطُّ فَمَنْ وَافَقَ خَطَّهُ فَذَاكَ قَالَ وَكَانَتْ لِي جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِي قِبَلَ أُحُدٍ وَالْجَوَّانِيَّةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَإِذَا الذِّيبُ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَأَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِي آدَمَ آسَفُ كَمَا يَأْسَفُونَ لَكِنِّي صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا أُعْتِقُهَا قَالَ ائْتِنِي بِهَا فَأَتَيْتُهُ بِهَا فَقَالَ لَهَا أَيْنَ اللَّهُ قَالَتْ فِي السَّمَاءِ قَالَ مَنْ أَنَا قَالَتْ أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ قَالَ أَعْتِقْهَا فَإِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ
حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register