BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Sabar

1000511900.jpg
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 2326

Darjat: Hasan

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Jabir (bin Abdullah radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

"Pada hari kiamat kelak,

ketika orang-orang yang ditimpa ujian (musibah di dunia)
sedang diberi pahala,

orang-orang yang sihat dan yang diberikan keselamatan (kesenangan di dunia)
berangan-angan
agar kulit mereka dahulu (ketika di dunia)
disiat-siat dengan gunting.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 2326

Darjat: Hasan

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Jabir (bin Abdullah radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

"Pada hari kiamat kelak,

ketika orang-orang yang ditimpa ujian (musibah di dunia)
sedang diberi pahala,

orang-orang yang sihat dan yang diberikan keselamatan (kesenangan di dunia)
berangan-angan
agar kulit mereka dahulu (ketika di dunia)
disiat-siat dengan gunting.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1746613450577.png


1746613469863.png
 
1000649375.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️

“Ketahuilah bahawa dalam kesabaran terhadap perkara yang kamu benci itu ada banyak kebaikan.”
(Riwayat Ahmad)

Apa yang menyakitkan hari ini,
mungkin sedang mendidik hatimu untuk lebih kuat dan redha.

✦ Allah tahu apa yang kamu sedang tanggung.
✦ Dan Dia tahu ganjaran besar yang layak kamu terima — jika kamu bersabar.

Sabar bukan menahan rasa semata-mata,
tetapi percaya bahawa setiap takdir Allah ada hikmahnya.


#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
1000711957.jpg


🌿 ❇️ KALAM HIKMAH ❇️ 🌿
Sabar ada tiga:
1️⃣ Sabar taat kepada Allah
2️⃣ Sabar tinggalkan maksiat
3️⃣ Sabar hadapi ujian & takdir-Nya

📖 Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah: 153)

✦ Sabar adalah kunci pintu syurga.

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#KalamHikmah
 
1764867610780.png


1764867628379.png


Hadits Muslim no. 4662
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada `Aisyah (radhiyallahu `anha),

“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sakitnya,

melebihi sakitnya Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam.”

Nota penting
Sebarkan dan beramal dengan ilmu yang sahih sahaja.
Kerana dusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang berkata tetapi tidak melakukannya
tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!

Teks Arab

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا و قَالَ عُثْمَانُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ مَسْرُوقٍ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ
مَا رَأَيْتُ رَجُلًا أَشَدَّ عَلَيْهِ الْوَجَعُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
وَفِي رِوَايَةِ عُثْمَانَ مَكَانَ الْوَجَعِ وَجَعًا حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ أَخْبَرَنِي أَبِي ح و حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ ح و حَدَّثَنِي بِشْرُ بْنُ خَالِدٍ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدٌ يَعْنِي ابْنَ جَعْفَرٍ كُلُّهُمْ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ ح و حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ نَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا مُصْعَبُ بْنُ الْمِقْدَامِ كِلَاهُمَا عَنْ سُفْيَانَ عَنْ الْأَعْمَشِ بِإِسْنَادِ جَرِيرٍ مِثْلَ حَدِيثِهِ
 
1765681205382.png


Hadits Tirmidzi no. 2322
Status: Hasan sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada bapa Mus`ab ibn Sa`d (Sa`d ibn Abi Waqqas radhiyallahu `anhu),

“Wahai Rasul Allah.
Siapakah manusia yang paling berat ujiannya?”

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Para Nabi.
Kemudian, yang paling hampir dengan mereka (tinggi tahap imannya).
Kemudian, yang paling hampir (yang lebih rendah tahap imannya).

Sesungguhnya, seseorang diuji
berdasarkan tahap agamanya (imannya).

Jika agamanya (imannya) kuat,
maka ujiannya menjadi lebih berat.

Dan jika pada agamanya (imannya) ada kelemahan,
dia diuji berdasarkan tahap agamanya (imannya).

Maka ujian itu tidak akan berhenti
menimpa seorang hamba (yang beriman),
sehingga dia berjalan di atas bumi
tanpa satu dosa pun
(dosanya dibersihkan sebelum mati)."

Nota penting
Sebarkan dan beramal hanya dengan ilmu yang sahih.
Kerana sesiapa berdusta atas nama Rasul Allah, tempatnya di neraka!
Dan sesiapa yang menyampaikan sesuatu
tetapi tidak melakukannya tanpa sebab yang dibenarkan,
dicela oleh Allah di dalam al-Qur’an!

Teks Arab

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ عَاصِمِ بْنِ بَهْدَلَةَ عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلَاءً قَالَ الْأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ فَيُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَإِنْ كَانَ دِينُهُ صُلْبًا اشْتَدَّ بَلَاؤُهُ وَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ رِقَّةٌ ابْتُلِيَ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ فَمَا يَبْرَحُ الْبَلَاءُ بِالْعَبْدِ حَتَّى يَتْرُكَهُ يَمْشِي عَلَى الْأَرْضِ مَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأُخْتِ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ أَيُّ النَّاسِ أَشَدُّ بَلَاءً قَالَ الْأَنْبِيَاءُ ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ
 
Last edited:
1767104153958.png


Hadits Bukhari no. 5213
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu `anhu),
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

"Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya,

maka Dia akan menimpakan ke atasnya
sesuatu daripadanya (musibah yang disertai sabar).”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ أَنَّهُ قَالَ سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ يَسَارٍ أَبَا الْحُبَابِ يَقُولُ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ
 
Back
Top
Log in Register