BTC USD 80,308.0 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Sabar

1779694268368.png


1779694280234.png


Hadits Muslim no. 4919
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Usamah ibn Zayd (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Aku berdiri di pintu syurga,
maka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah
orang-orang miskin.

Dan ternyata orang-orang yang memiliki kekayaan tertahan
(menunggu kekayaan mereka untuk dinilai).

Kecuali penghuni neraka
kerana mereka telah diperintahkan
untuk dibawa ke neraka.

Dan aku berdiri di pintu neraka,
maka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah
para wanita.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا هَدَّابُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ح و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ مُعَاذٍ الْعَنْبَرِيُّ ح و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ ح و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ كُلُّهُمْ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ ح و حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ فُضَيْلُ بْنُ حُسَيْنٍ وَاللَّفْظُ لَهُ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا التَّيْمِيُّ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُمْتُ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا الْمَسَاكِينُ وَإِذَا أَصْحَابُ الْجَدِّ مَحْبُوسُونَ إِلَّا أَصْحَابَ النَّارِ فَقَدْ أُمِرَ بِهِمْ إِلَى النَّارِ وَقُمْتُ عَلَى بَابِ النَّارِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا النِّسَاءُ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1779737358343.png


1779737369180.png


Hadits Tirmidzi no. 2277
Status: Hasan sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

"Orang-orang miskin daripada kalangan muslim
akan masuk syurga,

sebelum orang-orang kaya mereka,

dengan jarak setengah (1/2) hari (waktu akhirat),
dan ia ialah
lima ratus (500) tahun (waktu dunia)."

Teks Arab
حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا الْمُحَارِبِيُّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْخُلُ فُقَرَاءُ الْمُسْلِمِينَ الْجَنَّةَ قَبْلَ أَغْنِيَائِهِمْ بِنِصْفِ يَوْمٍ وَهُوَ خَمْسُ مِائَةِ عَامٍ
وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1780560493373.png


Hadits Bukhari no. 5310
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada `A’ishah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا,

“Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ biasa meniup ringan pada dirinya
ketika sakitnya
yang baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) diwafatkan kerananya,
dengan membaca al-Mu`awwidzat (al-Ikhlas, al-Falaq & an-Nas).

Maka ketika sakit baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) semakin berat,
akulah (`A’ishah) yang meniupkan bacaan itu
ke atas baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) dengannya.

Lalu aku menyapu (tubuh baginda صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)
dengan tangan baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) sendiri
kerana mengharapkan keberkahannya.”

Maka aku (Ma`mar ibn Rashid) bertanya
kepada Ibn Shihab (az-Zuhri),
“Bagaimana baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) meniup?”

Dia (Ibn Shihab az-Zuhri) menjawab,
“Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) meniup
pada kedua-dua tangannya.

Kemudian baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) menyapu wajahnya
dengan kedua-dua tangannya.”

Teks Arab
حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْجُعْفِيُّ حَدَّثَنَا هِشَامٌ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْفِثُ عَلَى نَفْسِهِ فِي مَرَضِهِ الَّذِي قُبِضَ فِيهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ فَلَمَّا ثَقُلَ كُنْتُ أَنَا أَنْفِثُ عَلَيْهِ بِهِنَّ فَأَمْسَحُ بِيَدِ نَفْسِهِ لِبَرَكَتِهَا فَسَأَلْتُ ابْنَ شِهَابٍ كَيْفَ كَانَ يَنْفِثُ قَالَ يَنْفِثُ عَلَى يَدَيْهِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1782447878303.png


1782447890628.png


Hadits Muslim no. 4082
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada `Utsman ibn Abi al-`As ats-Tsaqafi (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Beliau (`Utsman ibn Abi al-`As ats-Tsaqafi) mengadu
kepada Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
tentang kesakitan yang beliau rasakan pada tubuhnya
sejak beliau memeluk Islam.

Lalu Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda kepadanya,

“Letakkan tanganmu
pada bahagian tubuhmu yang sakit.

Dan ucapkan,
بِاسْمِ اللَّهِ
(Dengan nama Allah)
sebanyak tiga (3) kali.

Dan ucapkan sebanyak tujuh (7) kali,
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ
(Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaan-Nya)

مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
(daripada keburukan
yang aku rasai dan aku takuti).”

Teks Arab
حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ وَحَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى قَالَا أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي نَافِعُ بْنُ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ الثَّقَفِيِّ
أَنَّهُ شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَعًا يَجِدُهُ فِي جَسَدِهِ مُنْذُ أَسْلَمَ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ مِنْ جَسَدِكَ وَقُلْ بِاسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1786347957668.png


1786347969289.png


Hadits Muslim no. 4673
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada `Atha' ibn Abi Rabbah,

“Ibn `Abbas (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا) berkata padaku,
“Mahukah aku tunjukkan kepadamu
seorang wanita daripada penghuni syurga?”

Aku (`Atha' ibn Abi Rabbah) berkata,
“Ya.”

Beliau (Ibn `Abbas) berkata,
“Wanita berkulit hitam ini,
dia telah datang kepada Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ,
lalu berkata,

“Sesungguhnya aku diserang penyakit sawan,
dan sesungguhnya auratku tersingkap (ketika sawan berlaku),
maka berdoalah kepada Allah
untukku.”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Jika kau mahu,
kau bersabar
dan bagimu syurga.

Dan jika kau mahu,
aku berdoa kepada Allah
agar Dia menyembuhkanmu.”

Dia (wanita berkulit hitam) berkata,
“Aku akan bersabar.”

Dia berkata lagi,
“Sesungguhnya auratku tersingkap,
maka berdoalah kepada Allah
agar auratku tidak tersingkap.”

Lalu baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) mendoakannya."

Teks Arab
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الْقَوَارِيرِيُّ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَبِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ قَالَا حَدَّثَنَا عِمْرَانُ أَبُو بَكَرٍ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ
أَلَا أُرِيكَ امْرَأَةً مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ قُلْتُ بَلَى قَالَ هَذِهِ الْمَرْأَةُ السَّوْدَاءُ أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ إِنِّي أُصْرَعُ وَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ لِي قَالَ إِنْ شِئْتِ صَبَرْتِ وَلَكِ الْجَنَّةُ وَإِنْ شِئْتِ دَعَوْتُ اللَّهَ أَنْ يُعَافِيَكِ قَالَتْ أَصْبِرُ قَالَتْ فَإِنِّي أَتَكَشَّفُ فَادْعُ اللَّهَ أَنْ لَا أَتَكَشَّفَ فَدَعَا لَهَا


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu`alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Surah Al-`Ankabut
Ayat 29:14

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِۦ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (Nabi) Nuh
kepada kaumnya.

فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا فَأَخَذَهُمُ ٱلطُّوفَانُ وَهُمْ ظَـٰلِمُونَ
Lalu dia tinggal bersama mereka
seribu tahun
kurang lima puluh tahun (950 tahun),

lalu mereka ditimpa oleh taufan (banjir besar),
sedang mereka adalah orang-orang yang zalim.
_____________________________________________
Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil al-Qur’an.
Takutlah berkata atas nama Allah
tanpa ilmu.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu`alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Surah At-Tahrim
Ayat 66:10

ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًۭا لِّلَّذِينَ كَفَرُوا۟ ٱمْرَأَتَ نُوحٍۢ وَٱمْرَأَتَ لُوطٍۢ
Allah membuat suatu perumpamaan
bagi orang-orang yang kafir,
(iaitu) isteri (Nabi) Nuh
dan isteri (Nabi) Luth.

كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ مِنْ عِبَادِنَا صَـٰلِحَيْنِ فَخَانَتَاهُمَا فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ ٱللَّهِ شَيْـًۭٔا وَقِيلَ ٱدْخُلَا ٱلنَّارَ مَعَ ٱلدَّٰخِلِينَ
Kedua-duanya berada di bawah (pernikahan)
dua hamba Kami yang soleh,

lalu kedua-duanya mengkhianati mereka berdua (Nuh & Luth),

maka mereka berdua tidak dapat menyelamatkan
kedua-duanya (isteri mereka) sedikit pun
daripada (azab) Allah,

dan dikatakan (kepada isteri mereka),
“Masuklah kalian berdua
ke dalam neraka
bersama orang-orang yang masuk.”
_____________________________________________
Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil al-Qur’an.
Takutlah berkata atas nama Allah
tanpa ilmu.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu`alaykum warahmatullahi wabarakatuh.

Surah Hud
Ayat 11:40

حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَمْرُنَا وَفَارَ ٱلتَّنُّورُ قُلْنَا ٱحْمِلْ فِيهَا مِن كُلٍّۢ زَوْجَيْنِ ٱثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَن سَبَقَ عَلَيْهِ ٱلْقَوْلُ وَمَنْ ءَامَنَ
Sehingga apabila datang perintah Kami
(azab ke atas kaum nabi Nuh)

dan at-tannur (sejenis ketuhar) pun menyembur keluar
(perumpamaan keluarnya air
dari perut bumi),

Kami berfirman (kepada Nabi Nuh),
“Angkutlah ke dalamnya (bahtera)
daripada setiap jenis (haiwan),
dua pasangan (jantan & betina),

dan ahli keluargamu,
kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab
ke atasnya,

dan orang yang beriman.”

وَمَآ ءَامَنَ مَعَهُۥٓ إِلَّا قَلِيلٌۭ
Dan tiadalah orang beriman bersama dengannya (Nabi Nuh)
kecuali sedikit sahaja.

Ayat 11:41

وَقَالَ ٱرْكَبُوا۟ فِيهَا بِسْمِ ٱللَّهِ مَجْر۪ىٰهَا وَمُرْسَىٰهَآ
Dan dia (Nabi Nuh) berkata,
“Naiklah kalian ke dalamnya (bahtera),

dengan nama Allah,
sewaktu ia belayar
dan sewaktu ia berlabuh.

إِنَّ رَبِّى لَغَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ
Sesungguhnya, Rabb-ku (Pencipta, Pemilik & Pengatur)
benar-benar Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.”

Ayat 11:42

وَهِىَ تَجْرِى بِهِمْ فِى مَوْجٍۢ كَٱلْجِبَالِ وَنَادَىٰ نُوحٌ ٱبْنَهُۥ وَكَانَ فِى مَعْزِلٍۢ يَـٰبُنَىَّ ٱرْكَب مَّعَنَا وَلَا تَكُن مَّعَ ٱلْكَـٰفِرِينَ
Dan bahtera itu belayar membawa mereka
dalam ombak seperti gunung-ganang,

dan (Nabi) Nuh memanggil anaknya,
yang sedang berada di tempat
yang terpisah daripadanya,

“Wahai anakku,
naiklah bersama kami
dan janganlah kau bersama kaum kafir.”

Ayat 11:43

قَالَ سَـَٔاوِىٓ إِلَىٰ جَبَلٍۢ يَعْصِمُنِى مِنَ ٱلْمَآءِ
Dia (anak Nabi Nuh) berkata,
“Aku akan berlindung ke sebuah gunung
yang akan melindungiku
daripada air.”

قَالَ لَا عَاصِمَ ٱلْيَوْمَ مِنْ أَمْرِ ٱللَّهِ إِلَّا مَن رَّحِمَ
Dia (Nabi Nuh) berkata,
“Tiada pelindung pada hari ini
daripada ketetapan (azab) Allah,
kecuali orang yang dirahmati-Nya.”

وَحَالَ بَيْنَهُمَا ٱلْمَوْجُ فَكَانَ مِنَ ٱلْمُغْرَقِينَ
Dan ombak memisahkan antara kedua-duanya (Nuh & anaknya),
lalu dia (anaknya) termasuk
di kalangan orang yang ditenggelamkan.

Ayat 11:44

وَقِيلَ يَـٰٓأَرْضُ ٱبْلَعِى مَآءَكِ وَيَـٰسَمَآءُ أَقْلِعِى وَغِيضَ ٱلْمَآءُ وَقُضِىَ ٱلْأَمْرُ وَٱسْتَوَتْ عَلَى ٱلْجُودِىِّ
Dan dikatakan,
“Wahai bumi,
telanlah airmu,

dan wahai langit,
berhentilah (daripada menurunkan hujan).”

dan air (banjir besar) itu pun disurutkan,

dan ketetapan (hukuman azab) itu pun diselesaikan,

dan bahtera itu pun berhenti
di atas (gunung) al-Judiyy.

وَقِيلَ بُعْدًۭا لِّلْقَوْمِ ٱلظَّـٰلِمِينَ
Dan dikatakan,
“Jauhlah (daripada rahmat) bagi kaum yang zalim.”

Ayat 11:45

وَنَادَىٰ نُوحٌۭ رَّبَّهُۥ فَقَالَ رَبِّ إِنَّ ٱبْنِى مِنْ أَهْلِى وَإِنَّ وَعْدَكَ ٱلْحَقُّ وَأَنتَ أَحْكَمُ ٱلْحَـٰكِمِينَ
Dan (Nabi) Nuh menyeru Rabbnya (Pencipta, Pemilik & Pengatur)
lalu berkata,

“Wahai Rabbku (Pencipta, Pemilik & Pengatur),
sesungguhnya anakku adalah daripada keluargaku,

dan sesungguhnya, janji-Mu adalah benar,
dan Kau adalah sebaik-baik Hakim.”

Ayat 11:46

قَالَ يَـٰنُوحُ إِنَّهُۥ لَيْسَ مِنْ أَهْلِكَ
Dia (Allah) berfirman,
“Wahai Nuh,
Sesungguhnya, dia bukan daripada keluargamu.

إِنَّهُۥ عَمَلٌ غَيْرُ صَـٰلِحٍۢ
Sesungguhnya, amalannya tidak soleh.

فَلَا تَسْـَٔلْنِ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِۦ عِلْمٌ
Maka janganlah kau memohon kepada-Ku sesuatu
yang kau tidak mempunyai ilmu mengenainya.

إِنِّىٓ أَعِظُكَ أَن تَكُونَ مِنَ ٱلْجَـٰهِلِينَ
Sesungguhnya Aku menasihatimu
agar kau tidak termasuk dalam
kalangan orang yang jahil.”
_____________________________________________
Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil al-Qur’an.
Takutlah berkata atas nama Allah
tanpa ilmu.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1787212205399.png


Hadits Muslim no. 4672
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Jabir ibn `Abd Allah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ masuk menemui
Umm as-Sa’ib atau Umm al-Musayyib.

Lalu baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bertanya,
“Apakah yang berlaku kepadamu,
wahai Umm as-Sa’ib
atau wahai Umm al-Musayyib,
sehingga kau menggigil?”

Beliau (Umm as-Sa’ib) menjawab,
“Demam,
semoga Allah tidak memberkatinya.”

Lalu baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Jangan kau mencela demam
kerana sesungguhnya
ia menghilangkan kesalahan-kesalahan (dosa) anak Adam,

sepertimana al-kir (alat penghembus api tukang besi)
menghilangkan kotoran besi.”

Teks Arab
حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الْقَوَارِيرِيُّ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا الْحَجَّاجُ الصَّوَّافُ حَدَّثَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ حَدَّثَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أُمِّ السَّائِبِ أَوْ أُمِّ الْمُسَيَّبِ فَقَالَ مَا لَكِ يَا أُمَّ السَّائِبِ أَوْ يَا أُمَّ الْمُسَيَّبِ تُزَفْزِفِينَ قَالَتْ الْحُمَّى لَا بَارَكَ اللَّهُ فِيهَا فَقَالَ لَا تَسُبِّي الْحُمَّى فَإِنَّهَا تُذْهِبُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ كَمَا يُذْهِبُ الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1787286805254.png


1787286815332.png


Hadits Muslim no. 4093
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Ibn `Umar (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا),
Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Demam itu adalah
daripada bahang (neraka) Jahannam.

Maka sejukkanlah ia (demam itu)
dengan air.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا يَحْيَى وَهُوَ ابْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ أَخْبَرَنِي نَافِعٌ عَنْ ابْنِ عُمَرَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحُمَّى مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَابْرُدُوهَا بِالْمَاءِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register