Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh 'Ubaidullah bin 'Umar Al Qawariri, diceritakan oleh Yahya bin Sa'id & Bisyr bin Al Mufadhdhal, diceritakan oleh 'Imran Abu Bakr,
diceritakan oleh 'Atha bin Abu Rabah,
Ibnu Abbas berkata kepadaku,
"Mahukah aku perlihatkan kepadamu
seorang wanita yang termasuk penghuni syurga?
Aku menjawab,
"Ya."
Ibnu Abbas berkata,
"Ada seorang wanita berkulit hitam bertemu dengan Nabi s.a.w.
lalu berkata,
"Sesungguhnya aku terkena penyakit sawan
dan sering terdedah auratku.
Maka berdoalah kepada Allah untukku."
Nabi s.a.w. bersabda,
"Jika kau berkenan,
kau bersabar.
Maka bagimu syurga.
Dan jika kau berkenan,
maka aku akan berdoa kepada Allah
agar Allah menyembuhkanmu."
Dia (wanita tersebut) berkata,
"Tidak perlu,
bahkan aku akan bersabar.
Namun berdoalah kepada Allah
agar (auratku) tidak terdedah."
Maka Nabi s.a.w. mendoakan untuknya.
(Hadith Muslim no. 4673)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)