BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Sabar

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,639
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,639
Reaction score
3,506
Points
211
01-Dugaan-Sabar-211222.jpg
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh 'Ubaidullah bin 'Umar Al Qawariri, diceritakan oleh Yahya bin Sa'id & Bisyr bin Al Mufadhdhal, diceritakan oleh 'Imran Abu Bakr,
diceritakan oleh 'Atha bin Abu Rabah,


Ibnu Abbas berkata kepadaku,
"Mahukah aku perlihatkan kepadamu
seorang wanita yang termasuk penghuni syurga?

Aku menjawab,
"Ya."

Ibnu Abbas berkata,
"Ada seorang wanita berkulit hitam bertemu dengan Nabi s.a.w.
lalu berkata,
"Sesungguhnya aku terkena penyakit sawan
dan sering terdedah auratku.
Maka berdoalah kepada Allah untukku."

Nabi s.a.w. bersabda,
"Jika kau berkenan,
kau bersabar.
Maka bagimu syurga.

Dan jika kau berkenan,
maka aku akan berdoa kepada Allah
agar Allah menyembuhkanmu."

Dia (wanita tersebut) berkata,
"Tidak perlu,
bahkan aku akan bersabar.
Namun berdoalah kepada Allah
agar (auratku) tidak terdedah."

Maka Nabi s.a.w. mendoakan untuknya.

(Hadith Muslim no. 4673)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ
Adakah kamu sangka bahawa
kamu akan masuk syurga,
padahal belum datang kepadamu (cubaan)
sebagaimana halnya orang-orang terdahulu
sebelum kamu?

مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ
Mereka ditimpa dengan malapetaka dan kesengsaraan,
serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan)
sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya,
"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"

أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

(Surah Al-Baqarah 2:214)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak membebankan seseorang
melainkan sesuai dengan kemampuannya.

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Dia mendapat pahala (daripada kebaikan) yang diusahakannya
dan dia mendapat dosa (daripada kejahatan) yang diusahakannya.

رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
(Mereka berdoa),
"Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau hukum kami
jika kami lupa
atau kami tersalah.

رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا
Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau bebankan kepada kami,
beban yang berat
sebagaimana Engkau bebankan
kepada orang-orang sebelum kami.


رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ
Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kepada kami,
apa yang tidak mampu kami pikulnya.

وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا
Maafkanlah kami,
ampunkanlah kami
dan rahmatilah kami.

أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Engkaulah Penolong kami,
tolonglah kami
dalam mencapai kemenangan
ke atas orang-orang kafir."

(Surah Al-Baqarah 2:286)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register