BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Sabar

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Adam, diceritakan oleh Syu'bah, diceritakan oleh Tsabit, daripada Anas bin Malik r.a.,


"Nabi s.a.w. pernah berjalan melewati seorang wanita
yang sedang menangis di tepi kubur.

Maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Bertakwalah kepada Allah
dan bersabarlah."

Wanita itu berkata,
"Kamu tidak memahami keadaan saya.
Kerana kamu tidak mengalami musibah
seperti yang aku alami."

Wanita itu tidak mengetahui bahawa
yang menasihati itu adalah Nabi s.a.w.

Lalu diberitahu (oleh orang lain),
"Sesungguhnya orang tadi adalah Nabi s.a.w."

Secara spontan wanita tersebut pergi ke rumah Nabi s.a.w.
namun dia tidak menemuinya.
Setelah bertemu,

wanita tersebut berkata,
"Maaf, tadi aku tidak mengetahui anda."

Maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya sabar itu adalah
pada awal (berlakunya) musibah."


(Hadith Bukhari no. 1203)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Uthman bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Katsir bin Hisyam, diceritakan oleh Al Mas'udi, daripada Sa'id bin Abu Burdah, daripada bapanya (Abu Burdah),
daripada Abu Musa,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Umatku adalah umat yang terhormat.

Di akhirat
tidak akan mendapat seksa.

Seksa mereka adalah di dunia.

Iaitu dengan adanya fitnah,
gempa bumi
dan peperangan."


(Hadith Abu Daud no. 3730)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 5216

Darjat: Sahih

Diceritakan oleh 'Abdan, daripada Abu Hamzah, daripada Al A'masy, daripada Ibrahim At Taimi, daripada Al Harits bin Suwaid, daripada Abdullah,

"Aku pernah menjenguk Rasulullah s.a.w.
Ketika Rasulullah s.a.w. sedang menderita sakit.

Lalu Abdullah berkata,
"Wahai Rasulullah,
nampaknya anda sedang merasakan sakit yang amat berat."

Rasulullah s.a.w.
bersabda,
"Benar.
Rasa sakit yang menimpaku ini
sama seperti
rasa sakit yang menimpa dua (2) orang daripada kalian."

Kata Abdullah selanjutnya,
"Sebab itu anda mendapat pahala
dua (2) kali ganda?"

Rasulullah s.a.w. menjawab:,
"Benar, seperti itulah.

Dan tidaklah seorang Muslim ditimpa suatu musibah (penyakit)
atau selainnya,
melainkan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya (dosa-dosanya)
sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Nasa'i no. 1838
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh 'Amr bin 'Ali, diceritakan oleh Sulaiman bin Harb, diceritakan oleh Syu'bah, daripada 'Auf, daripada Khalid Al Ahdab, daripada Shafwan bin Muhriz,

Abu Musa pernah jatuh pengsan.
Kemudian mereka menangisinya.

Lalu dia (Shafwan bin Muhriz) berkata,
"Aku berlepas diri daripada kalian.

Sebagaimana Rasulullah s.a.w. berlepas diri daripada kami."
"Bukan golongan kami yang mencukur (rambut kepala dan janggut).
mengoyakkan (baju)
dan meratap,
ketika ditimpa musibah."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
MEREXXF_o.jpg

. .
 
IMG_20240208_101148_193.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Bersabar dan berpegang teguhlah dengan agama


Dari Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda, “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api.”

HR Tirmidzi
 
Back
Top
Log in Register