BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Sabar

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Abu Daud no. 3719

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada al-Miqdad (bin Amr),

"Demi Allah,
aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Orang yang bahagia
adalah orang yang terpelihara daripada fitnah.

Orang yang bahagia
adalah orang yang terpelihara daripada fitnah.

Orang yang bahagia
adalah orang yang terpelihara daripada fitnah.

Dan orang yang ditimpa musibah,
lalu bersabar,
sambil mengucapkan,
"Betapa baiknya ujian ini!"

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Abu Daud no. 3719

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada al-Miqdad (bin Amr),

"Demi Allah,
aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Orang yang bahagia
adalah orang yang terpelihara daripada fitnah.

Orang yang bahagia
adalah orang yang terpelihara daripada fitnah.

Orang yang bahagia
adalah orang yang terpelihara daripada fitnah.

Dan orang yang ditimpa musibah,
lalu bersabar,
sambil mengucapkan,
"Betapa baiknya ujian ini!"

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1729478850100.png
 
Sabar. Perkataan yang ringan diungkapkan di lisan namun perlu bermujahadah berjuang untuk mengharunginya. Sabar dapat dibahagikan kepada tiga:

1. Pertama: الصبر على طاعة الله Sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah.
Untuk beribadah memerlukan kesabaran. Tanpa sabar manusia sukar melaksanakannya. Adakalanya kaki dan jiwa manusia berat untuk untuk bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat. Namun dia tetap bersabar melaksanakannya juga melawan dan menentang hasutan syaitan dan perasaan malas.

2. Kedua: الصبر عن معصية الله Sabar dalam meninggalkan larangan Allah.
Cuba bayangkan, orang yang mempunyai masalah kewangan yang serius. Kemudian dia mendapat tawaran berbentuk wang yang besar, tetapi syaratnya dia perlu menjalankan kerja-kerja yang tidak patuh syariah. Dia tetap sabar dalam menolak wang dan kerja tersebut, walaupun akan mendapat pulangan yang "lumayan" jika dia menerima tawaran itu.

3. Ketiga: الصبر على أقدار الله Sabar dalam menghadapi menerima takdir yang ditetapkan Allah.
Manusia dan ujian tidak dapat dipisahkan. Ada ketika manusia diuji dengan musibah hingga merasakan dunia ini sempit. Ketika itu bersabar merupakan perkara yang sukar dilakukan. Ada yang meratap menyalahkan takdir apabila kehilangan perkara yang disayangi. Ada pula yang bersangka buruk dengan pencipta. Ketika itu, sabar dalam menghadapi ujian dan berusaha bertawakal kepada Allah agar menguruskan kehidupan kita perkara yang terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh insan.

Allah berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّٰبِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". [Az-Zumar ayat 10]
 
imam ibnu Qayyim. 3 perkara
 
Sabar

Sabar adalah sifat yang sangat mulia dan ditekankan dalam Islam. Ia membawa maksud menahan diri daripada keluh kesah, kemarahan, dan putus asa ketika berdepan dengan cabaran atau ujian. Dalam Islam, sabar terbahagi kepada tiga bentuk utama:

1. Sabar dalam ketaatan kepada Allah
Bermaksud tekun melaksanakan perintah Allah walaupun berasa berat, seperti bangun awal untuk solat Subuh atau menjalankan ibadah yang memerlukan pengorbanan.

2. Sabar dalam meninggalkan maksiat
Menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, walaupun hawa nafsu cenderung ke arah itu.

3. Sabar menghadapi ujian dan musibah
Tetap tabah dan reda ketika diuji dengan kesusahan seperti kehilangan, penyakit, atau cabaran hidup.

Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”
(Surah Al-Baqarah, 2:153)

Sabda Rasulullah SAW:

“Sungguh mengagumkan keadaan orang mukmin. Segala urusannya adalah kebaikan. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka itu juga baik baginya.”
(Hadis riwayat Muslim)

 
1000496334.jpg


Tiga Darjat Kesabaran dalam Kehidupan

Allah SWT memerintahkan kita untuk sentiasa bersabar, namun tahukah anda bahawa sabar itu terbahagi kepada tiga darjat iaitu :

1️⃣ Sabar Terhadap Ketaatan - Ketabahan dalam menunaikan perintah Allah SWT, walaupun menghadapi kesulitan.

2️⃣ Sabar Terhadap Kemaksiatan - Menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang walau godaan besar.

3️⃣ Sabar Terhadap Ketentuan dan Musibah - Kekuatan hati dalam menerima ujian dan takdir Allah SWT dengan redha.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.”

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
#sabarituindah
 
SABAR DAN TAQWA: BEKALAN MENGHADAPI UJIAN

Dalam setiap ujian, ada rahmat tersembunyi. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A’raf, Ayat 126:

“رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ”

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).”

Musibah bukan sekadar ujian, tetapi medan untuk kita tingkatkan keimanan, kesabaran, dan ketakwaan.

Dalam menghadapi kesulitan, peranan kita bersama adalah bersatu hati, saling membantu, dan berserah kepada-Nya.

Ingatlah, sabar dan taqwa adalah bekalan terpenting dalam menempuh setiap dugaan yang mendatang.
 
Back
Top
Log in Register