BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Akhlak (Umum)

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,719
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,719
Reaction score
3,506
Points
211
1762312406122.png


1762312419495.png


Hadits Muslim no. 4693
Status: Sohih - Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada ‘Aisyah (radhiyallahu ‘anha),

“Ada seorang lelaki meminta izin
untuk masuk menemui Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam.

Lalu baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bersabda,
“Izinkan dia masuk.
Sesungguhnya, dia seburuk-buruk (perangainya) anak kabilah.
Atau seburuk-buruk lelaki daripada kabilahnya.
(agar berhati-hati dengannya).”

Namun apabila lelaki itu masuk,
baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) berbicara kepadanya
dengan lemah lembut.

‘Aisyah berkata, “Maka aku pun bertanya,
“Wahai Rasulullah.
Kau telah berkata tentang dia
sebagaimana yang kau katakan tadi
(agar berhati-hati dengannya).

Kemudian kau tetap melayaninya
dengan lemah lembut?”

Baginda sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,
“Wahai ‘Aisyah.
Sesungguhnya, seburuk-buruk manusia kedudukannya
di sisi Allah pada hari kiamat
ialah orang yang dijauhi oleh manusia
kerana takut akan kejahatan atau keburukannya.”

(Daripada jalur sanad lain seperti Muhammad ibn Rafi‘),
tidak disebut lafaz,
“Seburuk-buruk anak kabilah.
Atau seburuk-buruk lelaki daripada kabilahnya.”

Nota penting:
Ambillah ilmu yang benar
daripada pencinta sunnah yang jujur.
Sesungguhnya, Allah membenci orang yang petah berbicara.
Tetapi dia sendiri malas melakukannya.
Tanpa
alasan yang benar.

Teks Arab:

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَمْرٌو النَّاقِدُ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَابْنُ نُمَيْرٍ كُلُّهُمْ عَنْ ابْنِ عُيَيْنَةَ وَاللَّفْظُ لِزُهَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ وَهُوَ ابْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ ابْنِ الْمُنْكَدِرِ سَمِعَ عُرْوَةَ بْنَ الزُّبَيْرِ يَقُولُ حَدَّثَتْنِي عَائِشَةُ
أَنَّ رَجُلًا اسْتَأْذَنَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ائْذَنُوا لَهُ فَلَبِئْسَ ابْنُ الْعَشِيرَةِ أَوْ بِئْسَ رَجُلُ الْعَشِيرَةِ فَلَمَّا دَخَلَ عَلَيْهِ أَلَانَ لَهُ الْقَوْلَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْتَ لَهُ الَّذِي قُلْتَ ثُمَّ أَلَنْتَ لَهُ الْقَوْلَ قَالَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ شَرَّ النَّاسِ مَنْزِلَةً عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ وَدَعَهُ أَوْ تَرَكَهُ النَّاسُ اتِّقَاءَ فُحْشِهِ
حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ كِلَاهُمَا عَنْ عَبْدِ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ ابْنِ الْمُنْكَدِرِ فِي هَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَ مَعْنَاهُ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ بِئْسَ أَخُو الْقَوْمِ وَابْنُ الْعَشِيرَةِ
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu ath-Thahir Ahmad bin Amru bin Abdullah bin Amru bin Sarh al-Mishri, diceritakan oleh Ibnu Wahab, daripada Amru bin al-Harits,
daripada Yazid bin Abu Habib, daripada Abu al-Khair, daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash,


"Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,
"Muslim yang bagaimana yang paling baik?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Iaitu seorang Muslim
yang orang lain merasa aman
daripada gangguan lisan dan tangannya."


(Hadith Muslim no. 57)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 1927

Darjat: Hasan

Diceritakan oleh Abu Kuraib Muhammad bin Al Ala`, diceritakan oleh Abdullah bin Idris, diceritakan oleh bapanya (Idris), daripada datuknya, daripada Abu Hurairah,

"Rasulullah s.a.w. pernah ditanya tentang
sesuatu yang paling banyak
memasukkan seseorang ke dalam syurga.
Maka Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Takwa kepada Allah
dan akhlak yang mulia."

Dan Rasulullah s.a.w. juga ditanya tentang
sesuatu yang paling banyak
memasukkan orang ke dalam neraka.
Maka Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Mulut
dan kemaluan."

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
1000047324.jpg


SEBAIK-BAIK KAMU ADALAH YANG PALING BAIK AKHLAKNYA

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya yang terbaik di antara kamu adalah yang paling baik akhlaknya."

Marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik pada peribadi atau akhlak dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik. Amin.
 
Niat nak buat baik/ nak berakhlak mulia pun dah dapat 1 pahala seolah2 dia dah buat.
Jom berazam utk buat sesuatu kebaikan dan berakhlak yg baik.

Contoh,
1/ Setiap hari dia berniat nak selawat paling banyak kepada Nabi Muhammad.
2/ Niat nak sedekah untuk ibu bapa.

Barangsiapa memperbaiki akhlaknya,
maka baginya akan dibangunkan istana di syurga yang paling tinggi."
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Abu Daud no. 4167
Darjat: Hasan


Diceritakan oleh Muhammad bin Uthman Ad Dimasyqi Abu Al Jamahir, diceritakan oleh Abu Ka'b Ayyub bin Muhammad As Sa'di,
diceritakan oleh Sulaiman bin Habib Al Muharibi, daripada Abu Umamah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Aku akan menjamin rumah di tepi syurga
bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan
meskipun benar.

Aku juga menjamin rumah di tengah syurga
bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan
meskipun bersifat gurau.

Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi
bagi seseorang yang berakhlak baik."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
IMG_20230822_112309_397.jpg


JADILAH ORANG YANG PALING BERAKHLAK

Daripada Abdullah bin Amr Rasulullah SAW bersabda :

"Sebaik-baik orang di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya di antara kalian."

Rasulullah SAW di utus untuk menyempurnakan akhlak manusia dan akhlak yang baik adalah akhlak terpuji yang dicontohi dari Rasulullah SAW.
#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bertakwa dan Berakhlak Dalam Pergaulan

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Daripada Abu Dzar RA ia berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (Sunan Tirmizi No: 1910) Status: Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1. Setiap Muslim perlu memiliki sifat takwa dimana-mana sahaja berada dan dalam setiap waktu.

2. Takwa ialah sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi perkara yang dilarang.

3. Takwa itu ialah sifat berhati-hati dan sentiasa merasakan diri diawasi oleh Allah.

4. Abu Darda berkata: Taqwa yang paling sempurna ialah seorang hamba yang takut kepada Allah hinggakan dalam urusan seberat zarahpun dia masih takut. Setengah perkara yang halal pun ditinggalkan kerana takut ia menjadi haram.

5. Lakukanlah amal kebaikan kerana ia boleh menjadi penyebab kepada penghapusan dosa yang dilakukan seperti beristighfar, berwuduk, solat, sedekah dan sebagainya.

6. Berakhlak baiklah dalam pergaulan sesama manusia sama ada ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sepejabat mahupun anggota masyarakat yang Muslim dan Non Muslim.

7. Jagalah akhlak dalam perhubungan sesama kita dalam organisasi dan masyarakat. Elakkan umpatan, fitnah, hinaan, merendah-rendah orang lain dan sebagainya.

Jadilah kita orang bertaqwa, yang melakukan amal solleh dan menjauhi mungkar, serta berakhlak mulia dalam pergaulan sesama manusia. Bersamalah kita membina masyarakat dan negara yang harmoni dan sejahtera.

Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2023.

"Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama"

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BersamaMembinaNegara
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

24hb Ogos 2023
07hb Safar 1445H
 
Kerana Pulut Santan Binasa,
Kerana Mulut Badan Binasa

Pasti kita pernah dengar peribahasa ini. Adat Melayu juga menekankan perihal penjagaan tutur kata dan adab sopan seiring dengan rukun negara Malaysia iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Agama Islam sangat menjaga isu akhlak dalam kalangan penganutnya. Terlalu banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW menceritakan tentang akhlak, muamalah sesama makhluk dan kepada Pencipta.

Namun, dukacita teramat bila menyaksikan perselisihan yang berlaku terutama di laman sosial dibakar dengan kata-kata keji, tuduhan, nista dan dusta. Tangan dan jari seakan meluahkan apa yang terbuku di hati dan yang tak mampu diungkap dengan kata-kata.

Mungkin kita rasa tiada yang mampu melihat, mampu menangkap, mampu melawan balik apa yang kita ungkap dan tuliskan di alam maya menjadikan kita sangat berani menunjukkan perangai seakan tiada sekelumit perasaan malu dan hina. Mencaci, mengeji, memalukan yang lain tanpa rasa berdosa dan bersalah.
حسبنا الله ونعم الوكيل

Sukar sekali menjaga mulut, sesusah menjaga kemaluan sebagaimana hadis Nabi; Baginda SAW bersabda:

مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ

Barang siapa dapat menjamin bagiku sesuatu yang berada di antara janggutnya (mulut) dan di antara kedua kakinya (kemaluan), maka aku akan menjamin baginya syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

 
Back
Top
Log in Register