BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Akhlak (Umum)

1000443818.jpg


KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN

Seorang penyair Arab, Ahmad Syauqi telah menyebut:

إنمـا الأمـم الأخلاق مـا بقيـت فإن هم ذهبت أخلاقـهم ذهبــواً

Maksudnya: “Dan sesungguhnya semua umat kekal selama adanya akhlak. Apabila mereka hilang akhlak, maka lenyaplah umat tersebut.”

Doa Agar Dikurniakan Akhlak yang Baik

اللَّهُمَّ اهْدِنِي لِأَحْسَنِ الأَخْلَاقِ، وَلَا يَهْدِي لَأَحْسَنِهَا إلَّا أَنْتَ

Ya Allah, tunjukkanlah aku akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukkan baiknya akhlak tersebut kecuali Engkau."

Hadis Riwayat Muslim (771)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadits Abu Dawud no. 4259

Darjat: Hasan

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Darda (radhiyallahu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya, apabila seorang hamba melaknat sesuatu,
maka laknat itu naik ke langit.
Lalu ditutup pintu-pintu langit daripadanya.

Kemudian ia turun ke bumi.
Maka ditutup pintu-pintu bumi daripadanya.

Lalu ia bergerak ke kanan dan ke kiri.
Maka jika ia tidak menemui tempat (untuk masuk),
ia kembali kepada yang dilaknat itu.

Jika memang ia layak (untuk dilaknat),
maka laknat itu mengenai dirinya.

Namun jika ia tidak layak,
maka laknat itu kembali kepada orang yang mengucapkannya.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang benar,
ambillah ilmu daripada pencinta sunnah yang jujur!
Dan beramal dengan sunnah yang benar!
Kerana berkata tanpa amal
adalah tanda bahaya menuju jurang kemunafikan!

 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadits Abu Dawud no. 4259

Darjat: Hasan

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Darda (radhiyallahu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya, apabila seorang hamba melaknat sesuatu,
maka laknat itu naik ke langit.
Lalu ditutup pintu-pintu langit daripadanya.

Kemudian ia turun ke bumi.
Maka ditutup pintu-pintu bumi daripadanya.

Lalu ia bergerak ke kanan dan ke kiri.
Maka jika ia tidak menemui tempat (untuk masuk),
ia kembali kepada yang dilaknat itu.

Jika memang ia layak (untuk dilaknat),
maka laknat itu mengenai dirinya.

Namun jika ia tidak layak,
maka laknat itu kembali kepada orang yang mengucapkannya.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang benar,
ambillah ilmu daripada pencinta sunnah yang jujur!
Dan beramal dengan sunnah yang benar!
Kerana berkata tanpa amal
adalah tanda bahaya menuju jurang kemunafikan!

Sanadnya:

1758042476371.png
 
1000742149.jpg


Akhlak Sesama Muslim

Seorang muslim harus sentiasa berusaha menjaga lisan dan tangan agar tidak mendatangkan mudarat atau bahaya kepada sesama muslim.

Jagalah lidah dan tangan kita agar tidak menyakiti orang lain. Hidupkan kasih sayang, pupuk persaudaraan.

#satujumaatsatuhadis
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
 
1762313741259.png


1762313751990.png


Hadits Tirmidzi no. 1941
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Jabir (ibn ‘Abd Allah radhiyallahu ‘anhu),
Rasul Allah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya antara orang yang paling aku kasihi di antara kalian,
dan yang paling hampir tempat duduknya denganku
pada hari kiamat,
ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci di antara kalian,
dan yang paling jauh daripadaku tempat duduknya
pada hari kiamat,
ialah orang-orang yang banyak bercakap (al-tsartsarun).
Berlagak dalam berbicara (al-mutasyaddiqun).
Dan berlebih-lebihan dalam bercakap (al-mutafaihiqun).”


Para sahabat bertanya,
“Wahai Rasul Allah.
Kami telah tahu tentang al-tsartsarun dan al-mutasyaddiqun.
Maka siapakah al-mutafaihiqun?”

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) menjawab,
“(Iaitu) orang-orang yang sombong.”

Nota penting
Ambillah ilmu yang benar
daripada pencinta sunnah yang jujur.
Sesungguhnya, Allah membenci orang yang petah berbicara.
Tetapi dia sendiri malas melakukannya.
Tanpa
alasan yang benar.

Teks Arab

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الْحَسَنِ بْنِ خِرَاشٍ الْبَغْدَادِيُّ حَدَّثَنَا حَبَّانُ بْنُ هِلَالٍ حَدَّثَنَا مُبَارَكُ بْنُ فَضَالَةَ حَدَّثَنِي عَبْدُ رَبِّهِ بْنُ سَعِيدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ أَحَبِّكُمْ إِلَيَّ وَأَقْرَبِكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَحَاسِنَكُمْ أَخْلَاقًا وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ وَالْمُتَفَيْهِقُونَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ فَمَا الْمُتَفَيْهِقُونَ قَالَ الْمُتَكَبِّرُونَ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَرَوَى بَعْضُهُمْ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ الْمُبَارَكِ بْنِ فَضَالَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ عَنْ عَبْدِ رَبِّهِ بْنِ سَعِيدٍ وَهَذَا أَصَحُّ وَالثَّرْثَارُ هُوَ الْكَثِيرُ الْكَلَامِ وَالْمُتَشَدِّقُ الَّذِي يَتَطَاوَلُ عَلَى النَّاسِ فِي الْكَلَامِ وَيَبْذُو عَلَيْهِمْ
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register