BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ahmad bin Mani', diceritakan oleh Marwan bin Mu'awiyah, daripada Al A'masy, daripada Dzar, daripada Yusai',
daripada An Nu'man bin Basyir,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Do'a adalah ibadah."

Kemudian Nabi s.a.w. membaca ayat,


وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Dan Tuhanmu berfirman,
"Berdo'alah kepada-Ku,
nescaya akan Kuperkenankan bagimu.


إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri
daripada menyembah-Ku
akan masuk neraka Jahanam
dalam keadaan hina dina."

(Surah Al-Mukmin 40:60)

(Hadith Tirmidzi no. 3294)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

مَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ
Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah),
maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri


وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا
dan barangsiapa yang sesat,
maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri.


وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
Dan seseorang yang boleh memikul,
tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain.


وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا
dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapa pun
sebelum Kami mengutuskan seorang rasul
(untuk menerangkan yang benar dan yang salah).


(Surah Al-Isra' 17:15)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Musa bin Abdurrahman Al-Anthaki, diceritakan oleh Muhammad bin Salamah, daripada Az-Zubair bin Khuraiq, daripada 'Atha`, daripada Jabir,

"Kami pernah keluar dalam sebuah perjalanan,
lalu salah seorang di antara kami
terkena batu pada kepalanya
yang membuatnya terluka teruk.

Kemudian dia bermimpi junub,
maka dia bertanya kepada para sahabatnya,
"Apakah ada rukhsah (keringanan) untukku
agar saya bertayammum sahaja?

Mereka menjawab,
"Kami mendapati tiada keringanan untukmu
sementara kamu mampu untuk menggunakan air."

Maka orang tersebut mandi
dan langsung meninggal dunia.

Ketika kami sampai kepada Nabi s.a.w.,
Nabi s.a.w. diberitahu tentang kejadian tersebut.

Maka Nabi s.a.w. bersabda,
"Mereka telah membunuhnya,
semoga Allah membunuh mereka!"

Mengapakah tidak mereka bertanya
apabila mereka tidak tahu?

Kerana ubat bagi kejahilan
adalah bertanya!

Sesungguhnya cukuplah baginya untuk bertayammum
dan menitiskan air pada lukanya
atau mengikat lukanya."


(Hadith Abu Daud no. 284)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Al Qa'nabi, daripada Malik,
daripada Al 'Ala`bin Abdurrahman


"Kami pernah menemui Anas bin Malik
setelah Zohor,
lalu Anas bin Malik bangkit dan solat Asar.

Setelah selesai daripada solatnya,
kami menyebutkan tentang
tergesa-gesa dalam solat,


maka Anas bin Malik berkata
"Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Itu adalah solatnya orang-orang munafik,
itu adalah solatnya orang-orang munafik,
itu adalah solatnya orang-orang munafik,

salah seorang daripada mereka duduk
hingga sinar matahari telah menguning,
tatkala itu ia sedang berada
di antara dua tanduk syaitan,

maka dia bangkit untuk solat,
dia solat empat rakaat dengan sangat cepat
(seperti burung mematuk makanan),
dia tidak mengingati Allah padanya
kecuali sangat sedikit."


(Hadith Abu Daud no. 350)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jaminan Masuk Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bertanya: "Siapakah di antara kalian yang pagi ini sedang berpuasa?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menghantar jenazah?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah memberi makan orang miskin?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah semua itu ada pada seseorang kecuali dia pasti akan masuk syurga." (HR Muslim No: 1707) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Syurga disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal yang soleh.

2. Abu Bakar adalah contoh sahabat Rasulullah SAW yang menunjukkan amal soleh.

3. Melaksanakan ibadat puasa adalah sebahagian daripada ibadat peribadi setiap Muslim sebagai bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang kepada Allah.

4. Menghantar jenazah, memberi makan kepada orang miskin dan menjenguk orang sakit merupakan kewajipan Muslim kepada masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada penunaian tanggungjawab terhadap hak orang lain apabila kita hidup bermasyarakat.

5. Mukmin yang melaksanakan kewajipan ibadat individu seperti solat, puasa, zakat serta kewajipan untuk cakna kepada masyarakat seperti ziarah orang sakit, menolong orang susah, pasti akan masuk syurga.

Marilah kita menyantuni orang yang lemah seperti golongan fakir dan miskin, orang yang sakit juga anak yatim. Hidupkan budaya menziarahi atau bertanya khabar kerabat, sahabat, teman, jiran, rakan kita yang kurang sihat.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

02hb Februari 2024
21hb Rejab 1445H
 
1000552647.jpg


⭐️ HADIS HARI INI ⭐

PERKARA YANG MELIPUTI JALAN KE SYURGA DAN NERAKA

“Syurga dipenuhi dengan perkara yang dibenci oleh hawa nafsu, manakala neraka dipenuhi dengan perkara yang disukai.”

(Riwayat Bukhari: 6487, Muslim: 2822)

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
1000554003.jpg


⭐️ HADIS HARI INI ⭐

JAMINAN DUA PERKARA YANG MEMASUKKAN KE SYURGA

“Orang yang menjaga dua perkara, pasti masuk syurga.”
Sahabat bertanya: “Apa dia?”
Rasulullah bersabda: “Mulut dan kemaluan.”

(Riwayat Bukhari: 6474)

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
Back
Top
Log in Register