BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Solat (umum)

IMG_20231216_140156_342.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Rumah yang tidak pernah solat di dalamnya umpama kubur

Dari Ibnu Umar RA Rasulullah SAW bersabda: "Kerjakanlah dari sebahagian solat sunat kamu di rumah kamu sendiri dan janganlah menjadikan rumah-rumah itu sebagai kuburan."

HR Muslim
 
IMG_20231221_085132_372.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Solat paling utama selepas solat fardu adalah solat malam

Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Puasa yang paling utama setelah puasa bulan Ramadan ialah puasa pada bulan Allah yang dimuliakan (berpuasa dalam bulan Muharram), dan solat yang paling utama setelah solat fardu adalah solat pada waktu malam."

(HR Muslim)
 
IMG_20231222_204749_800.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Sunnah berdiri solat dengan lama

Dari Jabir RA berkata: "Rasulullah SAW pernah ditanya: "Solat apakah yang lebih utama?" Beliau menjawab: "Berdiri yang lama."

(HR Muslim)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 308
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Ishaq bin Musa Al Anshari, diceritakan oleh Ma'n, diceritakan oleh Malik bin Anas, daripada Abu An Nadlr,
daripada Busr bin Sa'id, daripada Abu Juhaim,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Seandainya orang yang lalu-lalang
di hadapan orang yang sedang solat
mengetahui apa yang akan menimpanya.

Nescaya dia akan berhenti
selama empat puluh (40) lebih baik
daripada lalu di hadapannya (orang solat)."


Abu An Nadlr berkata,
"Aku tidak tahu sama ada

Rasulullah s.a.w. berkata.
empat puluh (40) hari,
atau bulan,
atau tahun."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
IMG_20240101_160658_859.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Mata yang berjaga malam kerana Allah tidak disentuh api neraka

Dari Ibnu Abbas RA berkata: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Ada dua mata yang tidak akan tersentuh oleh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang berjaga pada jalan Allah."

(HR Tirmidzi)
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kelebihan Solat Berjemaah Isyak dan Subuh

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ قِيَامُ نِصْفِ لَيْلَةٍ وَمَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ فِي جَمَاعَةٍ كَانَ لَهُ كَقِيَامِ لَيْلَةٍ

Daripada Utsman bin 'Affan RA ia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melaksanakan solat isyak berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat setengah malam, dan barangsiapa melaksanakan solat isyak dan subuh dengan berjamaah maka ia mendapatkan pahala solat sepanjang malam." (HR Tirmizi No: 205) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Solat yang dilaksanakan secara berjamaah akan diganjari balasan pahala yang berganda

2. Seseorang yang melaksanakan solat isya berjemaah seolah-olah ia solat separuh dari malam

3. Seseorang yang melaksanakan solat isya dan subuh berjemaah, ia akan mendapat pahala seperti dia solat sepanjang malam

Rebut peluang mendapat ganjaran berganda dengan ibadat sepanjang malam dengan memelihara solat berjemaah isya dan subuh di masjid.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

08hb Februari 2024
27hb Rejab 1445H
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 2222

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Aisyah r.a.,

Rasulullah s.a.w. berdoa dalam solat,


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
(Ya Allah.
Aku berlindung kepada-Mu
daripada dosa
dan hutang).

Lalu ada seseorang yang bertanya,
"Mengapa kau banyak meminta perlindungan daripada hutang,
wahai Rasulullah?"

Beliau (Rasulullah s.a.w.) menjawab,
"Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang,
ketika dia berbicara,
biasanya berdusta.

Dan apabila berjanji,
sering memungkirinya".

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 2222

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Aisyah r.a.,

Rasulullah s.a.w. berdoa dalam solat,


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
(Ya Allah.
Aku berlindung kepada-Mu
daripada dosa
dan hutang).

Lalu ada seseorang yang bertanya,
"Mengapa kau banyak meminta perlindungan daripada hutang,
wahai Rasulullah?"

Beliau (Rasulullah s.a.w.) menjawab,
"Sesungguhnya seseorang apabila sedang berhutang,
ketika dia berbicara,
biasanya berdusta.

Dan apabila berjanji,
sering memungkirinya".

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

02_Hadith_Bukhari_2222_Sanad_Jalur1_240323.png



02-02_Hadith_Bukhari_2222_Sanad_Jalur2_240323.png
 
Back
Top
Log in Register