BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Solat (umum)

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 708

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Anas bin Malik,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Mengapa ada segolongan orang yang
mengangkat pandangan mereka ke langit
ketika sedang solat?"

Lalu baginda (Nabi s.a.w.) memperkeras teguran tersebut
sehingga baginda (Nabi s.a.w.) bersabda,

"Hendaklah mereka menghentikannya.

Atau Allah benar-benar akan mencabut (membutakan) penglihatan mereka."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1728074451082.png
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadits Ibnu Majah no. 693

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Barzah al-Aslami,

"Rasulullah s.a.w. suka melewatkan solat Isyak,

membenci tidur
sebelumnya (Isyak)

dan membenci berbincang-bincang (perkara tidak penting)
setelahnya (Isyak)."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadits Ibnu Majah no. 693

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Barzah al-Aslami,

"Rasulullah s.a.w. suka melewatkan solat Isyak,

membenci tidur
sebelumnya (Isyak)

dan membenci berbincang-bincang (perkara tidak penting)
setelahnya (Isyak)."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1728228262086.png


1728228283088.png
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 376

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Hudzaifah,

"Dia melihat seorang lelaki
tidak sempurna dalam rukuk dan sujudnya.

Setelah orang itu selesai solat,
Hudzaifah berkata kepadanya,
“Kamu belum solat!”

Abu Wa’il berkata,
“Dan aku merasa Hudzaifah berkata,

“Seandainya kamu meninggal,
maka kamu meninggal dunia
bukan di atas Sunnah Muhammad s.a.w.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 376

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Hudzaifah,

"Dia melihat seorang lelaki
tidak sempurna dalam rukuk dan sujudnya.

Setelah orang itu selesai solat,
Hudzaifah berkata kepadanya,
“Kamu belum solat!”

Abu Wa’il berkata,
“Dan aku merasa Hudzaifah berkata,

“Seandainya kamu meninggal,
maka kamu meninggal dunia
bukan di atas Sunnah Muhammad s.a.w.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya,

1733115136553.png
 
Tazkirah Ramadan: Perbaiki Solat, Perbaiki Hidup

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT. Salah satu ibadah utama yang perlu kita perbaiki dalam bulan yang mulia ini ialah solat. Solat adalah tiang agama dan amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat.

Kepentingan Solat dalam Islam

Allah SWT berfirman:
“إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَٰبًۭا مَّوْقُوتًۭا”
“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.” (Surah An-Nisa’: 103)

Rasulullah ﷺ juga bersabda:
“أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ عَلَيْهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ الصَّلَاةُ، فَإِنْ صَلُحَتْ صَلُحَ سَائِرُ عَمَلِهِ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ”
“Amalan pertama yang dihisab pada hari kiamat ialah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalannya. Jika solatnya rosak, maka rosaklah seluruh amalannya.” (HR. Tirmizi)

Bagaimana Memperbaiki Solat di Bulan Ramadan?

1. Menjaga Khusyuk dalam Solat
• Solat dengan penuh kesedaran bahawa kita sedang berdiri di hadapan Allah.
• Fahami makna bacaan dalam solat agar lebih mendalam penghayatan.
• Kurangkan gangguan seperti telefon atau fikiran yang melayang.

2. Memperbaiki Kualiti Bacaan dan Pergerakan
• Pastikan tajwid dan makhraj bacaan Al-Fatihah dan surah-surah lain betul.
• Lakukan rukun solat dengan sempurna dan tidak tergesa-gesa.

3. Menjaga Solat Berjemaah
• Berusaha solat berjemaah terutama solat fardu lima waktu.
• Sabda Rasulullah ﷺ:
“صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً”
“Solat berjemaah lebih utama daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.” (HR. Bukhari & Muslim)

4. Memperbanyakkan Solat Sunat
• Solat Tarawih: Kesempatan istimewa di bulan Ramadan.
• Solat Tahajjud: Waktu mustajab untuk berdoa.
• Solat Dhuha: Pembuka pintu rezeki.
• Solat Rawatib: Mengiringi solat fardu untuk pahala tambahan.

5. Berdoa agar Diberikan Kekuatan untuk Menjaga Solat
• Rasulullah ﷺ mengajarkan doa:
“اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ”
“Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, mensyukuri-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu.” (HR. Abu Daud)

Ramadan adalah bulan latihan untuk menjadi hamba yang lebih dekat dengan Allah. Jika kita berjaya memperbaiki solat dalam Ramadan, insya-Allah kita akan dapat mengekalkannya selepas Ramadan. Perbaiki solat, perbaiki hidup!

اللهم اجعلنا من المحافظين على الصلاة، وأعنّا على إقامتها بخشوع وإخلاص.

“Ya Allah, jadikan kami dalam kalangan mereka yang menjaga solat dan bantulah kami untuk mendirikannya dengan penuh khusyuk dan ikhlas.”

 
Back
Top
Log in Register