BTC USD 78,133.2 Gold USD 4,392.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Solat (umum)

1776918387395.png


1776918397875.png


Hadits Tirmidzi no. 243
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Hudzayfah (radhiyallahu `anhu),

“Beliau (Hudzayfah) solat
bersama Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.

Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) menyebut dalam ruku`nya,
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ
“(Maha Suci Tuhanku
Yang Maha Agung).”

Dan dalam sujudnya (disebut),
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى
“(Maha Suci Tuhanku
Yang Maha Tinggi).”

Dan tidaklah baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) melalui (membaca) ayat tentang rahmat,
melainkan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) berhenti
dan meminta (berdoa meminta rahmat tersebut).

Dan tidaklah baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) melalui (membaca) ayat tentang azab,
melainkan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) berhenti
dan berlindung (berdoa berlindung daripadanya).

(Daripada sanad jalur 2),
“Beliau (Hudzayfah) solat malam
bersama Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.”

(Selanjutnya, riwayatnya sama seperti di atas).

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلَانَ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ قَالَ أَنْبَأَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْأَعْمَشِ قَال سَمِعْتُ سَعْدَ بْنَ عُبَيْدَةَ يُحَدِّثُ عَنْ الْمُسْتَوْرِدِ عَنْ صِلَةَ بْنِ زُفَرَ عَنْ حُذَيْفَةَ
أَنَّهُ صَلَّى مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ يَقُولُ فِي رُكُوعِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيمِ وَفِي سُجُودِهِ سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَمَا أَتَى عَلَى آيَةِ رَحْمَةٍ إِلَّا وَقَفَ وَسَأَلَ وَمَا أَتَى عَلَى آيَةِ عَذَابٍ إِلَّا وَقَفَ وَتَعَوَّذَ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ قَالَ و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ عَنْ شُعْبَةَ نَحْوَهُ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ حُذَيْفَةَ هَذَا الْحَدِيثُ مِنْ غَيْرِ هَذَا الْوَجْهِ أَنَّهُ صَلَّى بِاللَّيْلِ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ الْحَدِيثَ
 
1777392740575.png


Hadits Bukhari no. 6174
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu `anhu),

“Seorang lelaki masuk ke dalam masjid
lalu dia solat,
sedangkan Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam berada di satu bahagian masjid.

Kemudian,
dia datang memberi salam
kepada baginda (sallallahu `alayhi wa sallam).

Maka baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda kepadanya,
“Kembalilah
dan solatlah semula
kerana sesungguhnya kau belum solat.”

Maka dia kembali
lalu solat semula.

Kemudian dia memberi salam.
Maka baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
وَعَلَيْكَ
“(Dan ke atasmu).

Kembalilah
dan solatlah semula
kerana sesungguhnya kau belum solat.”

Dia berkata pada kali ketiga,
“Maka ajarkanlah aku.”

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Apabila kau berdiri untuk solat,
maka sempurnakanlah wudhu’.

Kemudian hadapkanlah ke arah qiblah,
lalu bertakbirlah (mula solat).

Dan bacalah apa yang mudah bagimu
daripada al-Qur’an.

Kemudian ruku`lah
sehingga kau tuma’ninah (berhenti dengan tenang seketika)
dalam ruku`.

Kemudian angkat kepalamu
sehingga kau tegak berdiri.

Kemudian sujudlah
sehingga kau tuma’ninah (berhenti dengan tenang seketika)
dalam sujud.

Kemudian bangunlah
sehingga kau duduk dengan lurus
dan tuma’ninah (berhenti dengan tenang seketika).

Kemudian sujudlah
sehingga kau tuma’ninah (berhenti dengan tenang seketika)
dalam sujud.

Kemudian bangunlah
sehingga kau berdiri dengan lurus.

Kemudian lakukanlah yang demikian itu
dalam seluruh solatmu.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَجُلًا دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَصَلَّى وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نَاحِيَةِ الْمَسْجِدِ فَجَاءَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ فَقَالَ لَهُ ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ فَرَجَعَ فَصَلَّى ثُمَّ سَلَّمَ فَقَالَ وَعَلَيْكَ ارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ فَأَعْلِمْنِي قَالَ إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَأَسْبِغْ الْوُضُوءَ ثُمَّ اسْتَقْبِلْ الْقِبْلَةَ فَكَبِّرْ وَاقْرَأْ بِمَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنْ الْقُرْآنِ ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ رَأْسَكَ حَتَّى تَعْتَدِلَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ وَتَطْمَئِنَّ جَالِسًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ افْعَلْ ذَلِكَ فِي صَلَاتِكَ كُلِّهَا
 
Last edited:
1777948656408.png


Hadits Nasa’i no. 1125
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Keadaan paling dekat seorang hamba
dengan Rabbnya (Pencipta yang memiliki & mengatur) عَزَّ وَجَلَّ
ialah ketika dia sedang sujud.

Maka perbanyakkanlah doa (pada waktu itu).”

Teks Arab
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ عَمْرٍو يَعْنِي ابْنَ الْحَارِثِ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ غَزِيَّةَ عَنْ سُمَيٍّ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1777994032000.png


Hadits Abu Dawud no. 742
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Ibn `Abbas (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ membuka tirai
dan manusia dalam saf-saf
di belakang Abu Bakr (untuk solat).

Lalu baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Wahai manusia.
Sesungguhnya, telah tiada berita gembira kenabian
(apabila Nabi wafat),

melainkan mimpi yang soleh,
yang dilihat oleh seorang muslim
atau diperlihatkan kepadanya.

Dan sesungguhnya, aku dilarang membaca al-Qur’an
ketika ruku`
atau sujud.

Ada pun ruku`,
maka agungkanlah Rabb (Pencipta, Pemilik & Pengatur)
di dalamnya.

Dan ada pun sujud,
maka bersungguh-sungguhlah kalian dalam doa
kerana berkemungkinan besar
akan diperkenankan bagi kalian."

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ سُحَيْمٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَشَفَ السِّتَارَةَ وَالنَّاسُ صُفُوفٌ خَلْفَ أَبِي بَكْرٍ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّهُ لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إِلَّا الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى لَهُ وَإِنِّي نُهِيتُ أَنْ أَقْرَأَ رَاكِعًا أَوْ سَاجِدًا فَأَمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا الرَّبَّ فِيهِ وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا فِي الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1778046256374.png


Hadits Abu Dawud no. 714
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Apabila salah seorang daripada kalian sujud,

maka janganlah dia turun
seperti turunnya unta.

Dan hendaklah dia meletakkan kedua-dua tangannya
sebelum kedua-dua lututnya.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حَسَنٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَبْرُكْ كَمَا يَبْرُكُ الْبَعِيرُ وَلْيَضَعْ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1778543881525.png


Hadits Abu Dawud no. 586
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada al-Hasan (ibn Abi al-Hasan Yasar),

“Abu Bakrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ) datang
ketika Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ sedang ruku`.

Lalu beliau (Abu Bakrah) ruku`
sebelum sampai ke saf.

Kemudian beliau berjalan
menuju ke saf.

Maka apabila Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ selesai solatnya,
baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bertanya,

“Siapakah di kalangan kalian
yang ruku` sebelum (sampai) saf,
kemudian berjalan menuju ke saf?”

Lalu Abu Bakrah menjawab,
“Aku.”

Maka Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,
“Semoga Allah menambahkan semangatmu.
Dan jangan ulang lagi.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا زِيَادٌ الْأَعْلَمُ عَنْ الْحَسَنِ أَنَّ أَبَا بَكْرَةَ
جَاءَ وَرَسُولُ اللَّهِ رَاكِعٌ فَرَكَعَ دُونَ الصَّفِّ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّفِّ فَلَمَّا قَضَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاتَهُ قَالَ أَيُّكُمْ الَّذِي رَكَعَ دُونَ الصَّفِّ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّفِّ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ أَنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَادَكَ اللَّهُ حِرْصًا وَلَا تَعُدْ
قَالَ أَبُو دَاوُد زِيَادٌ الْأَعْلَمُ زِيَادُ بْنُ فُلَانِ بْنِ قُرَّةَ وَهُوَ ابْنُ خَالَةِ يُونُسَ بْنِ عُبَيْدٍ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register