BTC USD 83,986.1 Gold USD 4,285.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Solat (umum)

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ali bin Muslim Ath Thusi, diceritakan oleh Sayyar, diceritakan oleh Ja'far, diceritakan oleh Tsabit, daripada Anas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Dijadikan kesenanganku daripada dunia,
ada pada wanita
dan minyak wangi.

Dan dijadikan penyejuk hatiku,
ada dalam solat."


(Hadith Nasa'i no. 3879)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Abu ath-Thahir & Harun bin Sa'id al-Aili, diceritakan oleh Ibnu Wahab, diceritakan oleh Abu Shakhr,
diceritakan oleh Umar bin Ishaq (bekas hamba Zaidah), daripada bapanya (Ishaq), daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Solat lima (5) waktu

dan solat Jumaat
ke Jumaat seterusnya,

dan Ramadhan
ke Ramadhan seterusnya

adalah penghapus untuk dosa
antara kedua-duanya

apabila dia menjauhi dosa besar."

(Hadith Muslim no. 344)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Harun bin Muhammad bin Bakkar bin Bilal, diceritakan oleh Marwan bin Muhammad,
diceritakan oleh 'Abdul 'Aziz bin Muhammad, diceritakan oleh Muhammad bin 'Abdullah bin Al Hasan, daripada Abu Az Zinad,
daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Jika salah seorang daripada kalian
hendak sujud,
maka hendaklah dia meletakkan kedua-dua tangannya
sebelum kedua-dua lututnya.

Dan janganlah dia turun (untuk sujud)
seperti turun duduknya unta."


(Hadith Nasa'i no. 1079)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Ahmad bin Hanbal, diceritakan oleh Isma'il (Ibnu Ibrahim), daripada Ayyub, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar,
disandarkan kepada Nabi s.a.w.,


"Sesungguhnya kedua-dua tangan bersujud
sebagaimana wajah bersujud.

Apabila salah seorang daripada kalian
meletakkan wajah,
hendaklah dia meletakkan kedua-dua (telapak) tangannya.

Dan apabila mengangkat wajahnya,
hendaklah dia mengangkat kedua-dua (telapak) tangannya."


(Hadith Abu Daud no. 758)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
IMG_20221204_102446_035.jpg

KELEBIHAN MENUNGGU WAKTU SOLAT

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Tidaklah seseorang di antara kalian menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, melainkan para malaikat akan mendoakannya :

“Ya Allah ampunilah dia, Ya Allah sayangilah dia

[Riwayat Muslim, no :469]
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Abu Al Ahwash, daripada Simak bin Harb, daripada Qabishah bin Hulb, daripada ayahnya (Hulb),

"Rasulullah s.a.w. mengimami kami.

Lalu Rasulullah s.a.w. memegang tangan kirinya
dengan tangan kanannya."


(Hadith Tirmidzi no. 234)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Muslim no. 758

Darjàt: Sahih

Diceritakan oleh Muhammad bin Hatim, diceritakan oleh Bahz, diceritakan oleh Wuhaib, diceritakan oleh Abdullah bin Thawus, daripada Thawus, daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Aku diperintahkan untuk bersujud
pada tujuh (7) anggota badan.

1) Dahi,
Rasulullah s.a.w. menunjuk dengan tangannya
sehingga bahagian hidungnya,

2 & 3) kedua-dua tangannya (telapak tangan),

4 & 5) kedua-dua lututnya,

6 & 7) dan hujung kedua-dua telapak kakinya.

Dan kami tidak melipat pakaian.

Dan tidak pula mengikat rambut."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ahmad bin Hanbal, diceritakan oleh Bisyr bin Al-Mufadldlal, diceritakan oleh Ghalib, daripada Bakr bin Abdullah, daripada Anas bin Malik,


"Kami pernah solat bersama Rasulullah s.a.w.
pada waktu yang sangat panas.

Apabila salah seorang daripada kami
tidak sanggup meletakkan dahinya
di atas tanah
(kerana kepanasannya),

dia membentangkan kainnya
lalu bersujud di atasnya."


(Hadith Abu Daud no. 564)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ishaq bin Ibrahim, diceritakan oleh Yazid bin Harun, diceritakan oleh Abul 'Alaa Ayyub bin Abu Miskin, daripada Qatadah, daripada Anas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Janganlah salah seorang daripada kalian
membentangkan kedua-dua lengannya
(di atas tanah)
ketika sujud

seperti anjing
yang membentangkan kedua-dua lengannya."


(Hadith Nasa'i no. 1091)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register