Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Muslim no. 888
Darjat: Sahih
Diceritakan oleh Muhammad bin Ahmad bin Abi Khalaf, diceritakan oleh Musa bin Dawud, diceritakan oleh Sulaiman bin Bilal, daripada Zaid bin Aslam,
daripada 'Atha' bin Yasar, daripada Abu Sa'id al-Khudri,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apabila salah seorang daripada kalian
ragu dalam solatnya.
Dan tidak mengetahui berapa rakaat dia solat?
Tiga (3) atau empat (4) rakaat?
Maka buanglah keraguan.
Dan ambillah yang pasti
(iaitu yang sedikit).
Kemudian sujudlah dua (2) kali
sebelum memberi salam.
Jika ternyata dia solat lima (5) rakaat,
maka sujudnya telah menggenapkan solatnya.
Dan jika, ternyata solatnya memang empat (4) rakaat,
maka kedua-dua sujudnya itu
adalah sebagai penghinaan bagi syaitan."
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)