BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Solat Jamak vs. Qasar vs. Jamak+Qasar

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,713
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,713
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Berdasarkan pemahaman saya.
Solat ikut aula:

1) Solat berjemaah di masjid/surau.

2) Solat berjemaah selain di masjid/surau.

3) Solat bersendirian selain di masjid/surau.

4) Keadaan terdesak.
Jamakkan solat.
Zohor + Asar (8 rakaat).
Maghrib + Isyak (7 rakaat).
(Muslim 1150 + 1151 + 1152)

5) Musafir (max. 19 hari)
Qasarkan solat (2 rakaat).
Zohor, Asar, Isyak.
(Ibnu Majah 1065)

6) Musafir yang terdesak
Jamak + Qasarkan solat.
(Bukhari 1042)

Wallahu a'lam.
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Muslim no. 1151

Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah & Abu Kuraib, diceritakan oleh Waki', daripada Al A'masy, daripada Habib bin Abu Tsabit, daripada Said bin Jubair,
daripada Ibnu Abbas,


"Rasulullah s.a.w. pernah menjamak
antara Zohor dan Asar.
Maghrib dan Isyak
di Madinah.

Bukan kerana ketakutan.

Dan bukan pula kerana hujan."


Dalam Hadith Waki',
"Ibnu Abbas ditanya,
"Mengapa beliau (Rasulullah s.a.w.) lakukan hal itu?"

Dia (Ibnu Abbas) menjawab,
"Beliau (Rasulullah s.a.w.) ingin
supaya tidak membebankan umatnya."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Muslim no. 1150

Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Yahya bin Habib, diceritakan oleh Khalid (Ibnu Al Harits), diceritakan oleh Qurrah bin Khalid, diceritakan oleh Abu Zubair,
diceritakan oleh 'Amir bin Watsilah Abu Thufail, diceritakan oleh Muadz bin Jabal,


"Ketika perang Tabuk,
Rasulullah s.a.w. pernah menjamak
antara Zohor dan Asar.
Antara Maghrib dan Isyak."


'Amir (bin Watsilah Abu Thufail) berkata,
"Lalu aku bertanya kepadanya (Muadz bin Jabal).
"Apa yang mendorong beliau (Rasulullah s.a.w.) melakukan hal itu?

Muadz (bin Jabal) menjawab,
"Beliau (Rasulullah s.a.w.) ingin
supaya tidak membebankan umatnya."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Muslim no. 1152

Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Sufyan bin 'Uyainah, daripada 'Amru, daripada Jabir bin Zaid, daripada Ibnu Abbas,

"Aku (Ibnu Abbas) pernah solat bersama Nabi s.a.w.
lapan (8) rakaat sekali gus.

Dan tujuh (7) rakaat sekali gus."

Lalu aku (Ibnu Abbas) bertanya,
"Wahai Abu Sya'tsa'.
Setahuku,
beliau (Nabi s.a.w.) mengakhirkan Zohor.
Dan menyegerakan Asar.

Dan beliau (Nabi s.a.w.) mengakhirkan Maghrib.
Dan menyegerakan Isyak."

Kata Abu Sya'tsa',
"Setahuku juga seperti itu."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Ibnu Majah no. 1065

Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Muhammad bin Abdul Malik bin Abu Asy Syawarib, diceritakan oleh Abdul Wahid bin Ziyad, diceritakan oleh 'Ashim Al Ahwal, daripada Ikrimah,
daripada Ibnu Abbas,


"Rasulullah s.a.w. tinggal selama sembilan belas (19) hari
(ketika musafir).

Beliau (Rasulullah s.a.w.) solat dua (2) rakaat, dua (2) rakaat.

Maka jika kami tinggal selama sembilan belas (19) hari,
kami solat sebanyak dua (2) rakaat, dua (2) rakaat.

Na
mun jika tinggal lebih dari itu,
kami solat empat (4) rakaat."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hadith Bukhari no. 1042

Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Abu Al Yaman, diceritakan oleh Syu'aib, daripada Az Zuhriy, daripada Salim, daripada 'Abdullah bin 'Umar r.a.

"Aku melihat Rasulullah s.a.w.
jika perjalanan mendesak.

Beliau menangguhkan solat Maghrib.

Dan menggabungkannya
bersama solat Isyak."


Salim berkata,
"Dan 'Abdullah bin 'Umar r.a. mengerjakannya
juga bila terdesak (tergesa-gesa) dalam perjalanan.

Beliau ('Abdullah bin 'Umar r.a.) hanya melaksanakan solat Maghrib
sebanyak tiga (3) rakaat.
Kemudian beri salam.

Kemudian berdiam sejenak.

Kemudian melaksanakan solat Isyak
sebanyak dua (2) rakaat.

Dan beliau ('Abdullah bin 'Umar r.a.) tidak lakukan solat Sunnah (sunat)
walaupun satu (1) rakaat pun
di antara kedua-duanya (solat Maghrib dan Isyak).
Dan juga tidak sesudahnya (solat Isyak).

Sehingga beliau ('Abdullah bin 'Umar r.a.) bangun
di penghujung malam (untuk solat Tahajjud).


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
baca

zulkiflialbakri.com/7623-jamak-solat-sebagai-rukhsah
 
bacaan

zulkiflialbakri.com/3000-solat-jama-takhir-di-rumah-setelah-tiba-daripada-permusafiran
 
Back
Top
Log in Register