amieshoro
Active+ Member
- Messages
- 3,091
- Joined
- Mar 21, 2009
- Messages
- 3,091
- Reaction score
- 281
- Points
- 51
Ini kisah aku dan mika. Mika adalah seekor kucing. Aku pula adalah seorang lelaki manusia.
Kisahnya bermula sejak aku berpisah dengan girlfren aku. Aku takde semangat nak balik umah, biasanya aku akan sengaja balik kerja lambat, lepak umah kawan atau tonton wayang. Bila dah lewat malam baru aku pulang ke rumah dan terus tidur.
Selalu aku akan jumpa seekor kucing lepak kat koridor tangga di rumah flat aku. Kucing berbulu putih dan bertompok kelabu cair dan bermata biru pudar. Masih kanak-kanak lagi kucing tersebut. Biasanya kucing tue merenung aku dan aku tegur kucing tue sebelum masuk ke rumah.
Suatu hari, aku beranikan mempelawa kucing itu masuk kerumah. Dengan takut-takut ia masuk ke rumah dan aku rebuskan ikan selar kuning yang dah lama terperap di dalam peti sejuk. Alangkah rakusnya ia makan dan kemudia tidur di sofaku dan pagi esok baru ia keluar ketika aku pergi kerja.
Akhirnya ia menjadi habit, akan menunggu aku pulang kerja dan masuk ke rumahku untuk makan dan tidur. Semakin lama menjadi mesra sehingga tangan aku calar balar akibat gurauan mika.
Ku namakan ia mika kerana menyangka ia seekor kucing betina sehinggalah suatu hari mika dewasa dan aku dapati ada 2 kantung besar di punggungnya dan untuk memastikan ia bukan mimpi aku menjentikknya sehingga mika terlompat kesakitan.
Walaupun aku tak suka kucing jantan kerana tabiatnya suka menanda kawasan dengan air urine, tapi akibat perasaan sayang yang telah tersemat di hati, aku meneruskan perhubungan ini. Aku masih meneruskan membeli makanan kucing, sardine dan ikan untuk mika.
Namun, sejak kebelakangan ini, Mika mula berubah. Ia masih lagi menunggu aku pulang kerja, tapi setelah menjamu selera kadang-kadang tidak habis, Mika terus mengiau untuk keluar dari rumah. Salah satu kelebihan Mika ialah Ia pandai meminta keluar, tetapi selalunya selepas berjam-jam lepak di rumah dan makan sampai habis makanan.
Tapi kini, ia hanya menjamah sedikit sahaja makanan dan terus minta kuar, sedijkit pun tak nak lepak dan menemani aku seperti dulu. Sudah hampir sebulan ia buat perangai seperti ini, dan ia membuatkan aku kecewa..
Kadang2 aku tak benarkan ia keluar dan mika duduk di pintu sambil mengiau “aku nak keluar!!!” .. dan ia duduk di pintu sambil membuat muka seperti kena kahwin paksa.. aku terpaksa buka pintu dan biar ia keluar.
Malam tadi aku mood tak baik sebab masalah tekanan kerja, ketika mika minta keluar aku terus buka pintu dan jerit “kalau kau keluar!!! Jangan pulang lagi… aku tak nak jumpa kau lagi!!!” ..
Perlu ke aku tegas dan tak bagi Mika masuk umah aku lagi? Perlu ke aku cari kucing lain?? Atau perlu ke aku bela ular sawa?