BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aktivis Direman Dua Hari, Bantu Siasatan Hantaran Bersifat Hasutan Di Media Sosial

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

Aktivis Direman Dua Hari, Bantu Siasatan Hantaran Bersifat Hasutan Di Media Sosial​

9f7d5c6635b21638234b20dd3b45f9385eb026a300f79


Seorang aktivis direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur hasutan di media sosial berkaitan isu perobohan sebuah kuil di sini pada 22 Ogos.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop dalam kenyataan berkata lelaki berusia 55 tahun yang bekerja sebagai jururunding itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Beliau berkata pihaknya menerima 14 laporan dari 22 hingga 27 Ogos berhubung hantaran di TikTok milik aktivis itu berkaitan penganjuran satu perhimpunan yang dikhuatiri boleh mencetuskan rusuhan.

Yusharifuddin berkata aktivis itu disyaki ingin menghasut masyarakat untuk menyokong perbuatan bercanggah dengan undang-undang dan akta sedia.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 
Back
Top
Log in Register