BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Lelaki Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan Kes Bunuh Kanak-kanak Di Sepanggar

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Dua Lelaki Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan Kes Bunuh Kanak-kanak Di Sepanggar​

006a6804afee4aad075e21dff7c77b126a59b0a0296f0

Dua lelaki termasuk seorang warga asing direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang mayatnya ditemukan di Kampung Numbak, Sepanggar, dekat sini semalam.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 39 dan 42 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dikemukakan oleh pegawai penyiasat ASP La Paula Abd Muis.

Kedua-dua lelaki itu ditahan semalam susulan penemuan mayat kanak-kanak warga tempatan Nurjilya Abdullah yang dilaporkan hilang sejak 13 Julai lepas.

Mayat mangsa ditemukan di kawasan cerun semak berhampiran sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Numbak, Sepanggar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Back
Top
Log in Register