BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pempengaruh Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan Kes Rogol

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pempengaruh Direman Tujuh Hari Bantu Siasatan Kes Rogol​

18a6c8c6977d94a25abd795f03b3c02e6a143fbca9940

-- Gambar hiasan

Seorang pempengaruh media sosial berusia 23 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rogol dan merakam gambar pornografi seorang remaja perempuan bawah umur, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman terhadap lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Yusharifuddin berkata kejadian dipercayai berlaku pada 17 Jun selepas suspek didakwa membawa mangsa yang berusia 14 tahun 11 bulan ke sebuah rumah sewa di sini.

“Suspek juga dipercayai merakam gambar mangsa semasa kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dijadualkan menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah di sini hari ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 
410730-410730.jpg


Pempengaruh direman 7 hari bantu siasatan kes rogol remaja 14 tahun

KANGAR: Seorang pempengaruh terkenal ditahan polis selepas disyaki merogol dan merakam gambar lucah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah sewa di Taman Kangar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata suspek berusia 23 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan, petang semalam.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, insiden bermula kira-kira jam 12.01 tengah malam pada 17 Jun lalu apabila suspek menjemput mangsa di rumahnya di Kampung Wang Kelian, Kaki Bukit dengan menaiki kereta Proton Saga.

"Suspek kemudian membawa mangsa makan malam di sebuah restoran di Bintong sebelum membawa remaja itu ke rumah sewanya di Taman Kangar.

"Kira-kira jam 3.10 pagi, suspek mengajak mangsa masuk ke rumah sewa berkenaan sebelum merogolnya dalam bilik tidur, selain turut merakam gambar mangsa ketika insiden terbabit berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yusharifuddin berkata, suspek kemudian menghantar mangsa pulang ke rumahnya kira-kira jam 4 pagi hari sama.

Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai kasut di Kuala Lumpur kini direman tujuh hari bermula hari ini hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.


"Mangsa juga sudah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar bagi menjalani pemeriksaan perubatan," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Artikel ➡️ Berita Harian
 

Pempengaruh Didakwa Rogol Remaja Perempuan Bawah Umur​

d26e9885f1b4b70c32f48530b3908f446a59a6f3e7d32


Seorang pempengaruh media sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, Jun lepas.

Muhammad Iman Hazriq Azizan, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja berusia 14 tahun 10 bulan berkenaan di sebuah rumah di Jalan Tiong, Taman Kangar di sini, pada 17 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan diperintah supaya tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan hingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Ahmad Poad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 
Back
Top
Log in Register