BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dua Wanita Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kes Kanak-kanak Dikasari Di Taska

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Dua Wanita Direman Enam Hari Bantu Siasatan Kes Kanak-kanak Dikasari Di Taska​

ac64781488b743559c0ad825b70edae36a96a6cab6610

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob

Dua wanita direman enam hari bagi membantu siasatan kes disyaki penderaan kanak-kanak di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di Kuantan dan Temerloh.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata perintah reman terhadap dua wanita masing-masing berumur 31 dan 26 tahun dan juga kakitangan taska itu, masing-masing dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuantan dan Temerloh bermula hari ini hingga 12 Sept.

Beliau berkata wanita berusia 31 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan yang disyaki dikasari di sebuah taska di kawasan Bukit Setongkol, di sini, semalam.

“Seorang lagi wanita berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang disyaki dikasari pengasuh di sebuah taska di Temerloh” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima laporan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan kejadian kanak-kanak dimarahi, ditarik rambut dan digoncang kepala oleh seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron pula berkata pada kira-kira 6 petang semalam, pihaknya menerima laporan daripada seorang ibu berumur 29 tahun berhubung kejadian kanak berusia dua tahun disyaki dikasari pengasuh di sebuah taska dekat Temerloh.

Rakaman video yang memaparkan kejadian kanak-kanak disyaki sedang dikasari pengasuh di taska turut tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat.

 
Back
Top
Log in Register