BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Siasat Kes Kanak-kanak Perempuan Dikasari Pengasuh Di Taska

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Polis Siasat Kes Kanak-kanak Perempuan Dikasari Pengasuh Di Taska​

d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Polis sedang menyiasat kes seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disyaki dikasari pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) dekat Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 29 tahun kira-kira 6 petang semalam.

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dilaksanakan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan seterusnya.

Rakaman video yang memaparkan kejadian kanak-kanak terbabit disyaki sedang dikasari pengasuh di taska turut tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat.

 
Back
Top
Log in Register