BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Pembantu Taska Didakwa Aniaya Kanak-kanak Dua Tahun

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Bekas Pembantu Taska Didakwa Aniaya Kanak-kanak Dua Tahun​

beb25993c8d7027bd752c463515b87576aa0dd9c01f86

Bekas pembantu taska Nor Ain Ashikin Husin, 26, dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sebuah taska di Mentakab, bulan lepas

Seorang bekas pembantu taska dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di sebuah taska di Mentakab, bulan lepas.

Nor Ain Ashikin Husin, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menganiaya mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan emosi terhadap kanak-kanak berkenaan di sebuah taska di Taman Keramat Indah, Mentakab dekat sini pada kira-kira 9.45 pagi, 11 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zaffar, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Falihin Kamil Mohamed Sazali.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam tertuduh merayu jumlah minimum atas alasan anak guamnya tidak lagi bekerja dan penjamin hanya mampu menyediakan RM5,000.

Hakim Jamaludin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 14 Okt depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron mengesahkan pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita berusia 29 tahun berhubung insiden seorang kanak-kanak disyaki dikasari pengasuh di taska berkenaan selepas rakaman video kejadian itu tular di media sosial.

 
Back
Top
Log in Register