BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Ambulans Didakwa Bunuh Kanak-kanak Dua Tahun

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Pemandu Ambulans Didakwa Bunuh Kanak-kanak Dua Tahun​

f53aed33d634f833f42cdb6306e31aa46a1934fdd0b3a

Kredit: IPD Temerloh

Seorang pemandu ambulans swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun pada 11 Mei lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Iqbal Fitri Mazlan, 29, kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Mohamad Hayder Abdul Mukmin di sebuah rumah di Taman Seberang Temerloh, kira-kira 9 pagi pada 11 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudian menetapkan 1 Sept sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh.

Kes itu pada awalnya disiasat sebagai kes penderaan kanak-kanak selepas mangsa dibawa ke Hospital Temerloh dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 13 Mei lepas.

Bagaimanapun, siasatan kemudian diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala disebabkan trauma tumpul.

 
Back
Top
Log in Register