BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kanak-kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dilanggar Lori Dipandu Datuk

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

Kanak-kanak Perempuan Dua Tahun Maut Dilanggar Lori Dipandu Datuk​

eb9dee6c0706d0c7dbeb555cbffec09e69a58e513a170

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas dilanggar lori dipandu datuknya di Kampung Bukit Kuang, Gurun dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata kejadian berlaku pada 10.20 pagi dan pihaknya menerima laporan pada 11 pagi.

“Lori itu yang digunakan untuk membawa baja tanaman diparkir di hadapan rumah.

“Kejadian berlaku semasa warga emas berusia 61 tahun sedang mengundurkan kenderaan itu tanpa muatan dan mangsa maut akibat kecederaan parah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Adzli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31 (1)  Akta Kanak-Kanak 2001.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register