BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Siasat Laporan Dakwaan Pengendalian Kanak-Kanak Di Sebuah Tadika Di Langkawi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Polis Siasat Laporan Dakwaan Pengendalian Kanak-Kanak Di Sebuah Tadika Di Langkawi​

ee1d6412cb3c3b4fe03e7ef7640b0cd46380bf3155131


Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan yang dibuat oleh seorang bekas guru sebuah tadika di daerah ini yang mendakwa berlaku pengendalian tidak wajar terhadap kanak-kanak di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan polis pada Rabu lalu daripada seorang wanita yang telah diberhentikan kerja di tadika terbabit.

Beliau berkata antara dakwaan yang dikemukakan dalam laporan itu ialah terdapat kanak-kanak dibiarkan tidur di atas lantai tanpa tilam selain ada beberapa kanak-kanak dikatakan pernah dikunci di dalam tandas.

“Setakat ini, hasil siasatan mendapati tiada laporan daripada ibu bapa yang mendapati anak-anak mereka mengalami kecederaan atau perkara lain yang berkaitan dengan dakwaan tersebut.

“Siasatan kini tertumpu kepada mengesahkan kesahihan laporan polis itu, termasuk melalui semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta keterangan saksi-saksi yang ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat sebelum sebarang tindakan lanjut diambil dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang mendakwa berlaku pengabaian dan layanan tidak wajar terhadap kanak-kanak di sebuah tadika di Langkawi.

 
14274433722955077-411752.jpg

14274433722955077-411753.jpg

14274433722955077-411754.jpg

14274433722955077-411755.jpg


Polis siasat laporan dakwaan pengendalian kanak-kanak di sebuah tadika di Langkawi



Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan polis pada Rabu lalu daripada seorang wanita yang telah diberhentikan kerja di tadika terbabit.

Beliau berkata antara dakwaan yang dikemukakan dalam laporan itu ialah terdapat kanak-kanak dibiarkan tidur di atas lantai tanpa tilam selain ada beberapa kanak-kanak dikatakan pernah dikunci di dalam tandas.

“Setakat ini, hasil siasatan mendapati tiada laporan daripada ibu bapa yang mendapati anak-anak mereka mengalami kecederaan atau perkara lain yang berkaitan dengan dakwaan tersebut.

“Siasatan kini tertumpu kepada mengesahkan kesahihan laporan polis itu, termasuk melalui semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta keterangan saksi-saksi yang ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan bagi menentukan kesahihan dakwaan yang dibuat sebelum sebarang tindakan lanjut diambil dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran yang mendakwa berlaku pengabaian dan layanan tidak wajar terhadap kanak-kanak di sebuah tadika di Langkawi.- BERNAMA

Artikel MalaysiaGazette
 

Pengabaian: Tadika Di Langkawi Dinasihat Tidak Beroperasi Sehingga Siasatan Selesai​

ba3ed490bdf3f9728422a6f59915d5d26a5b0960aebe6

0241a54c0ea15ff6950a539dc8be7f876a5b09a318289

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ditemui pemberita selepas melawat projek naik taraf Jeti Seberang Pending Kampung Muhibbah di Pangkalan Jeti Pending Seafood, hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta sebuah tadika di Langkawi yang dikaitkan dengan dakwaan pengabaian dan layanan tidak wajar terhadap kanak-kanak supaya tidak beroperasi sementara menunggu siasatan polis selesai.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata walaupun tadika berkenaan di bawah seliaan Kementerian Pendidikan, JKM tetap memainkan peranan dalam aspek perlindungan kanak-kanak serta bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dalam siasatan kes itu.

"Polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Kita menasihatkan supaya tadika itu tidak dibuka dahulu sehingga siasatan selesai.

"Kita juga menasihati ibu bapa supaya mematuhi nasihat pihak polis demi memastikan keselamatan anak-anak mereka," katanya kepada pemberita selepas melawat projek naik taraf Jeti Pending di sini hari ini.

Beliau berkata JKM, melalui pegawai pelindung kanak-kanak, turut bekerjasama dengan polis dan Pejabat Pendidikan Daerah bagi mendapatkan maklumat serta menyediakan laporan yang diperlukan dalam siasatan.

Nancy berkata pihaknya telah menegur pengendali tadika berkenaan berhubung aspek penjagaan, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak serta mengingatkan mereka supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Beliau berkata tindakan sewajarnya akan diambil bersama dengan pihak polis dan agensi berkaitan sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang.

Semalam, Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Khairul Azhar Nuruddin berkata siasatan sedang dijalankan berhubung laporan seorang bekas guru sebuah tadika di daerah itu yang mendakwa berlaku pengendalian tidak wajar terhadap kanak-kanak di premis berkenaan.

Beliau berkata antara dakwaan itu ialah terdapat kanak-kanak dibiarkan tidur di atas lantai tanpa tilam selain ada yang dikatakan pernah dikunci di dalam tandas.

 
Back
Top
Log in Register