BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aktivis Direman Dua Hari Bantu Siasatan Kes Pencerobohan Tanah Di Bukit Lagi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Aktivis Direman Dua Hari Bantu Siasatan Kes Pencerobohan Tanah Di Bukit Lagi​

09577332fb0ea84c1a3b4902cc670eab6a9d1f5d38913


Seorang aktivis direman dua hari bagi membantu siasatan kes pencerobohan tanah di Bukit Lagi di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 55 tahun itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar.

"Permohonan reman terhadap lelaki ini bagi (siasatan mengikut) Seksyen 447 Kanun Keseksaan dibenarkan selama dua hari bermula hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 4 Sept, media melaporkan aktivis yang bekerja sebagai jururunding itu direman dua hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan berhubung hantaran berunsur hasutan di media sosial berkaitan isu perobohan sebuah kuil di sini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, aktivis itu ditahan semula apabila tempoh reman itu berakhir semalam.

 
Back
Top
Log in Register