Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Abdul Azeez, Dua Bekas Pegawai Atasan TH Direman Dua Hari Bantu Siasatan Kes Tipu Hibah
Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan dua bekas pegawai atasan institusi itu direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tipu berkaitan pemberian hibah TH.
Peguam Datuk Amer Hamzah Arshad berkata perintah reman terhadap Abdul Azeez, bekas ketua pegawai eksekutif dan bekas ketua pegawai kewangan kumpulan TH itu dikeluarkan Hakim Mohamad Afiq Zuber yang bertindak sebagai Majistret selepas permohonan dibuat pihak polis di Mahkamah Sesyen di sini.
“Ketiga-tiga individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan pemberian hibah Tabung Haji,” katanya kepada pemberita selepas prosiding reman tersebut.
Berita lanjut menyusul.