BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

8 ahli sindiket tipu atas talian dijatuhi hukuman denda RM5,000

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,180
Points
266

Sembilan ahli sindiket tipu atas talian termasuk remaja bawah umur didakwa​


1 August 2022

FAEAB3C1-B8D6-4D23-8DA0-E6FDAA1AFF60.jpeg

Sembilan individu termasuk seorang remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret dekat sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pinjaman tidak wujud pada Julai lalu.


Sembilan termasuk seorang remaja perempuan 17 tahun didakwa tawar pinjaman tidak wujud

Lapan tertuduh kecuali seorang remaja dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut. - Bernama

BATU PAHAT – Sembilan individu termasuk seorang remaja perempuan bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret dekat sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pinjaman tidak wujud pada Julai lalu.

Majistret Nurasidah A. Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap lima lelaki dan tiga wanita dan memerintahkan mereka dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.


Kesemua mereka Muhamad Muslim Hamidi, 24, Muhammad Qamarul Jafree, 25, Wong Jong Sin, 23, Mohamad Shahrul Affendy Kamarulzaman, 24, Tan Jun Fatt, 18, Siti Nur Fadilah Abdul Rahman, 19, Huda Nadiela Hashim, 19, Muhammad Zulfaizzat Zakaria, 30 dan seorang tertuduh yang masih lagi bawah umur.

Mengikut pertuduhan, lapan di antara mereka dikenakan denda RM5,000 dan penjara enam bulan jika gagal membayar denda manakala seorang remaja bawah umur berkenaan dibenarkan jamin sebanyak RM2,000 kerana kes akan disebut semula pada 21 September depan.
Kesemua mereka dituduh melakukan perbuatan itu bersama-sama di antara 1 Julai hingga 17 Julai 2022 di No 15 Jalan Jambu Air Taman Sentosa, Batu Pahat.

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Khalijah Khalid manakala semua tertuduh diwakili peguam Hooi Tsae Yun.

Tsae Yun memohon supaya hukuman denda minimum dikenakan ke atas kesemua anak guamnya selepas semua tertuduh mengaku salah dan terdiri daripada pesalah muda dan tidak mempunyai kesalahan lampau.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM5,000 seorang terhadap lapan individu dan jika gagal membayarnya, akan dipenjara selama enam bulan manakala remaja bawah umur dibenar jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh adalah pihak kepada suatu pakatan jahat jenayah dengan bersetuju antara satu sama lain untuk persediaan melakukan suatu perbuatan menyalahi undang-undang iaitu menipu tawaran kerja tidak wujud dengan persediaan berdasarkan lapan unit telefon bimbit dan satu unit komputer riba.- MalaysiaGazette



 
denda pun RM5K je...alahai...tapi nak buat mcm mana..tu je peruntukkan undang undang yg ada...dah bayar denda....set up new line up pula...operasi jalan....hahahah
 
denda 500k sedap jugak kena, kalau 5k tokey senyum je la
 
denda pun RM5K je...alahai...tapi nak buat mcm mana..tu je peruntukkan undang undang yg ada...dah bayar denda....set up new line up pula...operasi jalan....hahahah
Yg nie xkalut plk nk gubal undang2 sebab geng depa....memang yg atas tu tmbh2 yb melayu kira nk kuasa ja...benda scammer mcm nie hancurkan masyarakat buat xpeduli
 
Back
Top
Log in Register