BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tumpas Sindiket Judi Dalam Talian Kutip Pertaruhan RM27 Juta Sehari

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Polis Tumpas Sindiket Judi Dalam Talian Kutip Pertaruhan RM27 Juta Sehari​

535b7b1e28a7bec23ebd8feec0c59f626a60a4cbea8a8

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar menunjukkan pelbagai alatan komputer disyaki digunakan untuk mempromosikan perjudian dalam talian yang dirampas menerusi Op Soga XI di 19 premis perniagaan dan kediaman sekitar Lembah Klang pada 16 Julai lepas.

Turut ditahan 161 warga tempatan termasuk enam warga asing dalam operasi bermula 2.30 petang.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sindiket perjudian dalam talian yang dipercayai mengutip pertaruhan dianggarkan RM27 juta sehari termasuk berkaitan Piala Dunia tumpas selepas polis menyerbu 19 premis perniagaan dan kediaman di sekitar Lembah Klang menerusi Ops SOGA XI pada 16 Julai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata sebanyak 161 individu terdiri daripada 106 lelaki dan 55 wanita termasuk enam warga asing berusia 19 hingga 62 tahun ditahan dalam serbuan pada 2.30 petang itu.

Beliau berkata turut ditahan lima lelaki tempatan berusia 34 hingga 45 tahun yang juga pengarah atau pemegang saham syarikat yang disyaki berperanan sebagai dalang dan operator kepada sindiket terbabit.

Kumar berkata sindiket itu beroperasi dari enam bulan lepas dan berselindung di sebalik beberapa syarikat termasuk berkaitan komputer.

“Meskipun menggunakan beberapa nama syarikat berbeza, siasatan awal mendapati semua premis itu dipercayai dikendalikan satu sindiket,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya hari ini.

Kumar berkata sindiket itu membangunkan aplikasi sendiri sebelum mempromosikannya kepada pengguna tempatan untuk membuat pertaruhan bola sepak dan perjudian lain.

“Mereka turut menyasarkan pasaran luar negara termasuk negara jiran tetapi semua kredit dan pertaruhan dikawal sindiket yang beroperasi di negara ini,” katanya.

Sebanyak 14 kertas siasatan dibuka berhubung kes itu, iaitu lima di Kuala Lumpur dan sembilan di Selangor.

Kumar berkata polis merampas 182 komputer, komputer riba pelbagai jenama (137 unit), telefon bimbit (152 unit), modem, penghala dan dekoder serta kad bank dalam serbuan itu.

 
Back
Top
Log in Register