BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindiket Judi Dalam Talian Raih Keuntungan Hampir RM1 Juta Sebulan Tumpas

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
5ce69865d73333c4479c45989485975469f87d4a6c6d9

b5e24f505a9fcc14a9a26889d64d246b69f87d1ef3ce1

e725dffb112dbc259d398e04eccfcc6469f87cee5e5ea

Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus (tiga, kiri) bersama pegawai menunjukkan pasport yang dirampas pada sidang media berhubung Ops Serkap di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Taman Setia Tropika Johor Bahru.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sindiket perjudian dalam talian yang didalangi warga China sejak tiga bulan lepas dipercayai mampu meraih keuntungan sehingga RM900,000 sebulan dengan menyasarkan warga asing sebagai pelanggan, berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Rabu lepas.

Dalam serbuan di sebuah apartmen mewah di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, JIM Johor menahan lapan individu warga asing terdiri daripada dua lelaki warga China berusia antara 35 hingga 38 tahun, seorang kanak-kanak lelaki warga China berusia tujuh tahun serta lima wanita warga Thailand berusia lingkungan 33 hingga 38 tahun.

Pengarah JIM Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata kejayaan ‘Ops Serkap’ pada 29 April lepas itu hasil risikan selama seminggu oleh pihaknya susulan maklumat orang awam mengenai aktiviti mencurigakan di premis berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini mampu meraih keuntungan lumayan mencecah RM900,000 sebulan. Mereka menjadikan kediaman terbabit sebagai pusat panggilan sejak tiga bulan lepas dan menyasarkan pemain dari Thailand serta Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“Modus operandi sindiket melibatkan pemain yang menghubungi operator melalui telefon bimbit bagi urusan transaksi wang ke akaun bank negara berkenaan, manakala operator di premis ini bertanggungjawab memasukkan mata ke dalam setiap ID pemain,” katanya dalam sidang media di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Menurut Mohd Rusdi dalam serbuan itu pihaknya turut merampas wang tunai RM2,500, tujuh unit komputer, 34 telefon pintar pelbagai jenama serta sebuah mesin pencetak yang digunakan dalam aktiviti berkenaan.

Beliau berkata suspek lelaki berusia 38 tahun yang ditahan dipercayai bertindak sebagai dalang utama sindiket, manakala suspek lain berperanan sebagai operator bagi menguruskan transaksi serta pertaruhan.

Kesemua suspek kini ditahan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan kes masih dalam proses siasatan serta tindakan lanjut pendakwaan.

 
Back
Top
Log in Register